my dear followers



Sabtu, 30 April 2011

~TeKa TeKi TeKa TeKoK~

Selamat pagi semua. Assalamualaikum. Mulakan pagi anda dengan senyuman. Weehoo.. ^_^.. Hari ni aku nak kongsi cerita dengan kome semua. Pasal teka-teki nilah.. Pada suatu malam minggu yang agak suam-suam kuku, aku dengan roomate aku baru jeq nak tido. Tetiba pintu bilik kami dibuka..


"Siapa yang suruh korang tido? Tak boleh, tak boleh. Orang tak boleh tidolah. Jomlah sembang".
"Akak ni kaannn.. hisyh. Tido, tido. Ngantoklah".
"Jap jeq. Orang ada benda nak tanya nie".
"Apa die?"
"Ha.. soalan dia macam ni. Banyak-banyak kuda, kuda apa paling kecil?"
Aku dan roomate aku terus segar tak boleh tido.
" Kuda padi?" 
"Salah"
"Kuda laut"
"Salah".
"Tak taulah kak".
"Jawapan dia, pil kuda.. kahkahkah". 

Satu demi satu soalan dia tanya. Banyak sangat teka-teki dia bagi. Pening nak menjawab. Suara gelak kami sahaja yang bergema malam-malam buta tu.Kalau korang semua pandai, cubalah jawab teka-teki ni. Jangan fikir benda bukan-bikan sudah. Teka-teki ni boleh asah fikiran kita. Lebih-lebih lagi waktu pagi macam ni..


= Kuda apa paling tipis? 
   (kuda kepang)
= Dia berwarna putih, bersayap, boleh terbang, dan masin. Apa dia? 
   (kapal terbang terhempas dalam laut. hehehe)
= Benda apa yang bila kita nak guna, kita campak, bila tak guna, kita simpan.
   (Jala)
= Apa yang badan dia atas kepala, kaki atas kepala, kepala atas kepala. 
   (Kutu)
= Ade tuala warna merah, kuning dan biru. Diletakkan di Laut Merah. Jadi apa dengan tuala-tuala tu? 
   (Tuala jadi basah)
= Binatang apa yang ada seni mempertahankan diri paling hebat? 
   (Kuda belang)
= Kangkang pelok, kangkang pelok. Sampai klimaks pegang buah. Apa dia? 
   (Panjat pokok kelapalah..)
= Banyak-banyak itik, itik apa yang boleh melompt?
   (semua itik tak pandai melompat)
= Banyak-banyak telinga, telinga apa paling besar? 
   (Telinga kuali)
= Ada sebuah jambatan yang kukuh sekali. Seekor gajah jalan melepasi jambatan itu. Datang pula seekor semut hendak lalu jambatan itu. Tiba-tiba jambatan itu runtuh. Kenapa? 
   (sebab jambatan tu kukuh sekali jeq)
= Ada 2 mayat bergelimpangan di atas lantai. Ada air tumpah dan kaca berderai di sekeliling mayat-mayat itu. Apakah sebab mayat-mayat itu mati? 
   (sebab akuarium pecah. hehehe)
= Gajah lalu patah titi. Semut lalu patah? 
   (lalu patah balik)
= Apa beza ikan jantan dan ikan betina?  
   (ikan bakar dan ikan duyong..)


Aduhai.. Setakat ni, ini jelah teka-teki yang masih aku ingat. Banyak lagi sebenarnye. Kalau korang ada teka-teki, kongsi-kongsikanlah.. boleh kita sama-sama tajamkan minda kita. Selamat berhujung minggu. Weehoo.. ^_^

Khamis, 28 April 2011

~HaNg OuT wItH mY hOuSeMaTeS~

wehoo.. Salam pada semua sahabat-sahabatku. Dah lama tak blogwalking. Sekarang nie tengah final exam. So aku kuranglah nak melawat blog-blog korang semua. After 3 paper dalam 2 hari berturut-turut, akhirnya dapat juga merehatkan kepala aku yang sarat dengan hafalan formula-formula. Naik tepu kepala nie.

Masa study week yang lepas aku dan housemates aku pergi makan ramai-ramai sebelum kami memerapkan diri dalam rumah dan menghadap buku. Kalau ada bom meletup dekat rumah jiran pun tak perasan ( hiperbola giler). Seronok sangat sebab dapat housemates yang spotting macam nie. Dah macam adik-beradik. Harap-harap sem depan pun dapat housemates macam nie lagi. InsyaAllah...













Kepada sahabat-sahabat lain yang akan atau sedang menghadapi final exam, BEST OF LUCK aku ucapkan. Dan kepada housematesku tahun akhir, selamat maju jaya dalam alam pekerjaan. Jangan lupa belanja kami tau dapat gaji nanti.. hehehe. SARANG HAE ^_^