my dear followers



Rabu, 8 Mei 2013

~My FYP~

Assalamualaikummmm... waahh.. Betapa busynye aku sampai tak sempat nak update my lovely blog. Actually, aku nie dah tahap kritikal nak siapkan fyp aku nie... Nak tau aku buat apa? Aku buat solar cell. Mesti semua biasa tengok solar cell kan? Tapi yang aku nk buat nie, daripada buah-buahan taw. Tak ramai yang tau pasal solar cell jenis nie.

Oklah aku buat pengenalan sikitlah yee.. Nama diberi, Dye-sensitized Solar cell. Tergolong dalam salah satu solar sel filem tipis (thin film solar cell) dan merupakan generasi ke-3 pembuatan sel solar. Sel solar nie mengandungi 5 komponen penting iaitu, katod, anod, cecair elektrolit, dye dan pemangkin. Anod dan katod tu daripada gelas Indium Titanium Oksida (ITO). Cecair elektrolit tu daripada cecair iodin dan pemangkin pula guna jelaga lilin. Mana nak pakai buah ni eh? Buah nie, kita ambil jusnya dan bertindak sebagai dye atau penyerap cahaya.

Buah-buahan yang biasa digunakan adalah berwarna gelap. Sesuai dengan prinsip sains yang kita belajar, semakin gelap sesuatu permukaan, semakin kuat ia menyerap cahaya. Buah-buahan jenis ini mempunyai pigmen ungu, biru atau merah dan pigmen ini dikenali sebagai anthocyanin. Terdapat dua jenis pigmen yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan iaitu carotenoids yang mengeluarkan warna oren dan klorofil untuk warna hijau. Dalam sel solar ini, anthocyanin yang paling sesuai digunakan.

Apa keistimewaan sel solar ni eh? Ni nak habaq mai, kos untuk mengahsilkan sel solar ni murah tambahan lagi menggunakan bahan-bahan natural. Jadi, dalam masa yang sama, kita boleh tingkatkan kemajuan dalam ekonomi luar bandar juga serta mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Betul tak? Aku malas nak cerita panjang-panjang sebenarnya... Korang layanlah gambar-gambar eksperimen aku yang belum nak jadi ni eh.. HEHEHE... (^_^)


Antara bahan yang perlu ada untuk memastikan campuran serbuk TiO2 dan asid getah lebih sekata dan tidak mudah merekah serta cepat kering 


ITO glass dan proses selepas dibakar dalam suhu 450 darjah selsius. Kemudian direndam dalam buah kiwi yang telah dihancurkan.

Ini pula hasil selepas mencantumkan katod dan anod. Letak bawah cahaya matahari dan arus electrik dapat dihasilkan.



p/s: Teknologi semakin berkembang. Marilah sama-sama kita terokai dan meningkatkan ekonomi negara kita... (^_^)

Isnin, 14 Januari 2013

~KASIH~

     Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Dah berapa bulan tak buka blog nie. Sekarang nie aku dah sebuk dengan final year project (FYP) and now i'm in final sem exam. Ya Allah.. Pejam celik, pejam celik dah tahun 4 kat sini. Anyway, dalam masa beberapa bulan aku tak update nie, macam-macam dah jadi kat aku. Perangai lama, memang susah nak tiggal. Tapi aku bersyukur sangat sebab apa yang aku lalui semua ada hikmah. Sekarang aku rasa lebih tenang. Setiap kesusahn akan didatangkan dengan kesenangan. Setiap dugaan akan didatangkan dengan penyelesaian. Aku lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Sentiasa mengharapakan keampunan atas kesilapan yang lepas. Ternyata hati lebih tenang dan apa yang aku alami selama nie, Allah beri kemudahan.

     Alhamdulillah sekarang nie, aku dah nampak arah tuju aku dan ada perancangan. Insya Allah, kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan. Dan aku berdoa agar KASIH adalah arah aku seterusnya. Aku bukan nak cari teman lelaki, tapi nak cari pemimpin untuk diri aku dan bakal anak-anak ku. Siapa yang tak nak bahagia. Tapi kebahagiaan tu mestilah dicari dengan keredhaanNYA. Aku harap mak dan ayah aku boleh terima KASIH seadanya. Macam mana die terima aku, macam tu jugalah aku terima die. 

     Sejujurnya aku tak yakin pun dengan die dulu. Yelah tambahan pula hati nie selalu dipermainkan. Bukan die tak pernah cakap sayangkan aku. Sayang? semua orang boleh cakap. Aku ragu-ragu nak terima die. Jumpa pun tak pernah. Die tak pernah bagi aku datang jumpa die. Penat aku minta nak jumpa. hmm.. Jadi, aku doa yang terbaik. "Ya Allah, jika die untukku, engkau bukakanlah pintu hatiku untuknya dan bukakanlah pintu hatinya untukku. Sesungguhnya cinta lahir dariMu. Engkau berikanlah kami petunjukMu agar kami saling mencintai keranaMu". 

    Kami tak pernah berbual soal agama. Tapi aku selalu bertanya, ikhlas ke kawan dengan aku? Kenapa nak berkawan dengan aku? Sebab aku takut kecewa dengan cinta yang palsu. Sampailah satu masa die bertanyakan tentang Al-Quran. "Pandai bace Quran?" aku sengaja jawab tak pandai langsung. Die tak percaya. Aku mengiyakan. Saja nak tengok cara die nak mengatasi benda nie. "Lagi besarlah tanggungjawab abang. Nak tak abang ajarkan?" Masa tu hati nie, Tuhan jeq yang tau. Ya Allah, indahnya persaan masa tu. Bagaikan tersentap rasa menusuk hati. Sejak itu aku mula yakin dengan die. Bukan aku tak pandai baca. Alhamdulillah didikan mak ayah yang buat aku jadi macam nie. Cukup ilmu dunia dan akhirat. Terima kasih mak, ayah.

    Aku nie bukan yang memandang harta. Tapi biarlah kita mencari rezeki tu, sekadarnya mengikut keperluan dan untuk memenuhi tanggungjwab dan amanah kita. Bukan untuk dibanggakan dah dimegah-megahkan. Sebab rezeki tu, Allah yang beri. Bila-bila masa die boleh tarik. Jadi bersyukurlah apa yang kita ada. Apapun yang berlaku dan akan berlaku semua ketetapan Dia. Kita sebagai hambaNYA haruslah bijak memilih jalan yang diredhai. Berserahlah padaNYA. Kita takkan rugi. Allah tu maha adil dan tak pernah lupakan kita.



p/s: Indahnya cinta kerana Allah

Selasa, 20 Mac 2012

~Ikhlas~

Selamat malam korang semua.. Nie luahkan perasaan nie. Macam mana kita nak tau seseorang tu ikhlas ke tak nak berkawan dengan kita? Aku rasa aku dah bagi yang terbaik untuk mereka. Apa yang mereka nak dalam sesuatu perhubungan? Aku ke yang bersalah? Siapa nak jawab pertanyaan aku nie? Hina sangat ke aku. Kenapa mereka suka ambil kesempatan atas kebaikkan aku? Semua peluang yang aku beri mereka buang macam tu jeq? Aku bukan barang mainan koranglah.. Aku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Kenapa mereka suka mempermainkan perasaan aku? Aku bukan patung. Aku sedihlah macam nie. Sampai bila aku nak hidup macam nie. Semua benda yang berlaku kat aku nie buat aku semakin benci pada mereka. Aku nak juga merasa nikmat bahagia macam orang lain. Salah ke aku terima mereka? Nak kenal hati budi mereka? Tapi kenapa mereka tinggalkan aku? Aku sedih. Tuhan jeq yang tahu hati nie macam mana. Memang betul kata kawan-kawan aku. Aku tak pernah serik. Bukan aku tak serik, tapi salah ke aku nak cari kebahagiaan? Salah ke aku nak terima kebahagiaan? Siapa yang taknak bahagia? Aku sedih. Kenapa takde orang yang terima aku sebagai aku? Kenapa mereka nak aku berubah? Aku teringin nak rasa dicintai, disayangi, dikasihi macam orang lain. Kenapa benda yang sebaliknya aku dapat? Salah aku ke? Sedih sangat-sangat. Aku benci mereka kecuali ayah dan nabi. Atau sememangnya aku tak layak tuk sesiapa pun? Siapa yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku? Aku baru nak merasa nikmat bahagia. Tapi tak lama. Ya Allah besarnya dugaanmu. Aku insan yang lemah. Tak mampu nak tempuh dugaanmu ini Ya Allah. Sesungguhnya kekuatanku hanya daripadamu. Aku hanya berpegang pada janjimu Ya Allah kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang aku lalui. Hanya padamu aku berserah dan hanya padamu kupohon pertolongan. Aku mohon kurniakan dan pertemukanlah aku dengan orang yang betul-betul ikhlas menjadi teman hidupku sampai bila-bila. Hanya kau yang tahu siapa siDia Ya Allah. Hati ini dah cukup terluka. Cukup sakit Ya Allah... Bantulah hambamu. Aku sedih Ya Allah..

Selasa, 6 Mac 2012

~Conteng jap~

Salam tengah malam korang semua.. Nie singgah kejap jeq. Dah lame tak update blog. I'm busylah sekarang. Tak sempat nak singgah. Nie ada masa singgahlah jap. Tak nak cakap banyaklah. Nak conteng jeq..

Cinta tak selalunya indah
Hanya ungkapan manusia yang tak sempurna
Cinta kurniaan Tuhan yang berharga
Hanya manusia yang salah mentafsirkannya
Cinta yang indah berlandaskan panduan
Panduan yang telah sedia ada

Manusia sering lupa pada asal-usulnya
Cinta hakiki yang melahirkan mereka
Carilah cinta hakiki untuk mencapai kebahagiaan
Cinta sentiasa indah untuk manusia
Cinta terlalu indah untuk digambarkan
Kerana ia kurniaan Tuhan yang terindah
Cintailah cinta
Dan cintailah penciptanya




p/s: Cinta untuk semua... Love u all ^_^

Rabu, 15 Februari 2012

Selamat pagi semua sahabat-sahabat blog.. Harap-harap korang semua ceria-ceria jeq pagi nie. Aku nie alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menghirup udara yang segar di pagi hari nie. Korang dah sarapan? Kalau dah alhamdulillah.. Aku belum lagi. Jap lagilah kot. Hari nie nak conteng-conteng sikitlah  dekat blog aku nie. Biasalah akukan suka kongsi cerita dengan korangkan.. Hehe

Tetiba terasa nak berjiwang kejap. Alaaa.. jap jeq. Tapi nie mungkin untuk yang belum berkahwinlah ye.. ^_^ (gatal). Kepada yang sedang berada di alam khayalan (sedang asyik bercinta) sekarang nie, korang pernah terfikir tak nak kahwin dengan si Dia? Atau korang couple dengan si Dia hanya untuk SUKA-SUKA, atau saja IKUT KAWAN. Tengok kawan couple, korang pun nak couple. Atau kerana DUIT? Atau sebab si Dia tu handsome? Ke sebab nak cari bakal suami? Haa.. fikir-fikir. 


Kepada yang memang serius dalam hubungan tu alhamdulillah lah kan. Dalam dunia nie tak ada pun orang yang perfect. Setiap pasangan juga ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Mungkin yang sorang tak pandai buat yang itu, yang sorang lagi pandai buat itu. Jadi kita saling melengkapi satu sama lain. Kita kena terima kelemahan pasangan kita tu seadanya. Sebab, kelemahan tu boleh dibaiki secara perlahan-lahan. At least, pasangan kita tu boleh memberi kebahagiaan pada kita. Selalu ada disamping kita dalam susah mahupun senang. Senang kata teman ketawa dan teman menangis kita. Barulah dikatakan pasangan ideal. 

Kita pun dah sedia maklum dalam Islam pun ada garis panduan dalam memilih pasangan nie. Itu pakej yang paling lengkaplah. Rasulullah S.A.W bersabda: "seorang wanita dinikahi atas empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, keran kecantikkannya dan kerana agamanya. Manakala bagi lelaki, atas dua perkara iaitu kerana agamanya dan akhlaknya". Dari sini kita dapat lihat ciri-ciri pasangan yang membawa kepada kebahagiaan. 

Oleh yang demikian, cuba kita nilai semula diri kita dan pasangan kita. Adakah ciri-ciri ini ada dalam diri kita dan si Dia? Tepuk dada tanya iman. Haa.. Oklah. Aku dah lapaw dah nie. Nak pergi isi perut.. Wassalam...





p/s: Terima kelemahan orang lain sebagai kelebihan dan baiki kelemahan kita perlahan-lahan dan istiqamah dalam melakukan kebaikkan untuk menjadi insan yang istimewa dalam agama dan hidup orang lain.

Khamis, 9 Februari 2012

~Coretan d'Pagi Hari~

Assalamualaikum semua.. Dan Selamat pagi. Nie saje nak gatal-gatal jari nak buat sedikit coretan sebelum aku bersiap untuk ke kelas nie. Sarapan? Aku alas perut dengan roti potato jeq. Alaaa psikologi jeq. Aku nie jarang sarapan pagi dan malas nak bersarapan. Bukannya aku tak tahu yang sarapan tu penting. Cumenya aku nie kekurangan stok makanan. Sebab tu kena berjimat. Dapat ngap roti seketul nie pun dah cukup bagus. Hehehe..


Orang kata bila mind dah set kena makan, sekadar roti seketul pun jadilah. Tak semestinya kena kenyang ye tak? Tambahan orang macam aku nie pelik sikit. Takot nak minum air panas. Tu yang aku jarang minum pepagi nie. Korang jangan jadi macam aku pula. Selagi boleh makan dan sumber makanan tu banyak, makanlah buat bekalan tenaga untuk memulakan hari. Tapi janganlah sampai keterlaluankan.. Agak-agak buat mengalas perut ok. ^_^


Mulakan sarapan dengan air masak ni bagus. Tapi macam yang aku bagitahu tadilah, aku nie pelik sikit. Tak boleh nak minum air masak pepagi nie. Mulalah perut nie meragam nak memuntahkan segala isi perut. Lepas tu mulalah pedih perut nie. Pening kepala. So, untuk aku memang takkan sentuh air masak pepagi. Selain itu, air jus buah-buahan dan susu juga bagus diminum di pagi hari nie. Untuk makanan yang berkhasiat pula, kita boleh mengamalkan makan oat atau cereal dan bijirin kekacang seperti oat, cornflakes, coco crunch dan seumpamanya. Makanan-makanan ini dapat menambahkan tenaga dan meningkatkan daya pemikiran kita untuk jadi lebih bertenaga dan boleh berfikir secara kreatif dan sebagainya.


Haisyhh.. panjang pula coretan aku nie. Apa pun jangan lupa ambil sarapan untuk memulakan hari korang yang ceria...



p/s: Ambil makanan yang berkhasiat setiap pagi untuk memulakan hari..

Ahad, 5 Februari 2012

~Kisah Hati~

Assalamualaikum buat semua pembaca-pembaca blog.. Salam Maulidurrasul. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan nabi kita. Dan tak lupa juga selamat hari minggu. Rindunya dekat blog nie. Dah lama tak menatap blog aku nie. Untuk makluman semua aku sekarang nie berada di kolej kediaman. Bukan cuti sem ke? Memang tengah cuti sem pun. Tetapi oleh kerana kami ada topup subjek, (not repeat k..) kenalah blik awal menetap dekat sini. Takpe,takpe. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu? Ha korang yang tegah cuti nie buat apa? Cemburu aku taw tengok korang cuti. huhuhu


Hari nie aku nak mengarut sikitlah pasal diri aku nie. Tengok tajuk pun dah jiwang. Faham-faham jelah ye. Haa.. Bukannya apa, sebeno-benonya teman nie tengah boring. Member-member rumah pun ramai yang tak ada. Ada yang kuar berjalan-jalan, ada yang balik kampung, ada yang pergi kenduri kahwin. Busylah masing-masing.

Berbalik pada cerita aku nielah. Kisah hati. Hailah hati.. Sekarang nie aku rasa berbelah bagi. Dulu aku nie jenis yang lembut hati. Cepat marah tapi cepat reda. Pastu senang jeq nak pujuk aku nie. Sebab tu ramai yang ambil kesempatan. Tapi aku bukan jenis pendendam taw. Kalau korang ade baca blog aku yang sebelum nie pun aku ada juga cerita sikit-sikit pasal benda nie. Si Dia yang aku sayang, percaya, yakin buat benda camnie dekat aku. 2 tahun lebih bersama tak sangka Die hanya mengambil kesempatan atas diri aku yang agak lurus nie. Pisau cukur rupanya.


Puas kawan-kawan aku nasihat. Naik berbuih kawan-kawan aku cakap. Aku nie jeq yang keras kepala. Masih percayakan Die. Pengalaman lepas memang aku tak pernah ambil sebagai pengajaran. Bukannya apa. Kan tadi aku dah bagitau yang aku nie lembut hati. Cepat termakan dek pujukan si Die. Aku sangka Die dah berubah. Tapi Die tetap sama macam dulu. Pengikis.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Aku dapat tau tentang perangai buruk Die. Memang pengikis dan ramai yang menjadi mangsa Die. Itupun aku tau dari seorang kawan sekerja Die. Macam mana kawan Die kenal aku? Die yang bagi nombor aku pada member Die. Tapi member Die yang minta. Aku memang dah agak dari awal. Tapi member Die nafikan. Takpelah. Sekarang aku dah tahu segalanya. Member Die mengaku juga dan cerita semuanya pada aku. Rasa hancur berkecai hati nie. Die permainkan aku sampai macam tu sekali. Tuhan sajelah yang tau macam mana perasaan aku waktu tu. Nak menjerit nak menangis nak marah semuanya bercampur-aduk. Manelah aku nak letak muka aku nie? Mane aku nak letakkan diri aku nie? Tapi takpe. Apepun hidup perlu diteruskan. Kena positif. Biarkan ia menjadi kisah silam aku.


Bila tembelang dah pecah dan dah ramai yang tahu tentang perangai buruk Die, mulalah nak cari tempat kerja baru. Boleh tak jangan burukkan nama sendiri. Fikirlah tentang masa depan. Janganlah nak cari pasal dengan orang. Kelak diri sendiri binasa. Terpulanglah pada Die nak fikir baik buruk tentang apa yang Die buat. Bukan main lagi marah nasihat aku. Tapi sendiri tak betul. Masa aku senang akulah segala-galanya. Bila aku susah (dah kayap), jangan kata call, masej 1 pun tak ada. Maunya aku tak kayap? Semua dibedal Die.

Kawan-kawan akulah tempat aku bergantung. Sebab tu aku sayang kawan-kawan aku. Susah senang aku, dioranglah tempat mengadu. Dioranglah sahabat dunia Akhirat aku. Boleh lagi Die suruh aku jangan rapat dengan kawan-kawan aku? Die siapa nak kutuk-kutuk nak larang aku dari berkawan dengan sesiapa? Aku tahulah hitam putih seseorang tu. Bukan macam Die yang tak mengenang budi. Aaaaarrggghhh!!! Macam manalah aku boleh terjebak dangan manusia macam Die? Palsu semuanya. Sanggup guna nama keluarga?

Ya Allah ampunilah dosa-dosanya dan bimbinglah Die kembali ke jalan yang benar. Terpulanglah pada Die nak pulangkan atau tidak apa yang Die dah ambil dari aku. Kalau Die tak pulangkan sampai aku mati atau Die mati, aku takkan terima apa-apa pun dari Die kelak. Kalau Die pulangkan, alhamdulillah. Semoga Die sedar dari kesalahan Die. Apapun benda yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku dah pun berlaku. Bukan kita boleh jangka apa yang akan berlaku dalam sesuatu hubungan. Tak guna nak menyesal. Nasi dah jadi bubur. Tapi bubur aku masih boleh di makan. Bubur Die yang dah hangus. Kebulurlah Kau.

Kawan aku ada beri nasihat "kita hanya boleh berdoa agar dipermudahkan dan berdoa agar di berikan jodoh yang terbaik untuk diri kita. Bukan berdoa agar Dialah jodoh kita.. Jika Dialah jodoh aku, maka lembutkanlah hati aku untuk terima Dia". Aku kena berfikiran rasional. Semua yang berlaku adalah pengalaman yang cukup berharga. Agar aku lebih menghargai orang yang ada di selilingku. Semuanya hanyalah untuk mengajar aku agar jadi lebih matang dalam hidup. Perlu berhati-hati dalam berkawan. Terima kasih untuk Die yang ajar aku jadi begini. Sekarang hati nie hanya ada satu.


p/s: Jangan permainkan perasaan orang lain taw.. ^_^