Selamat malam korang semua.. Nie luahkan perasaan nie. Macam mana kita nak tau seseorang tu ikhlas ke tak nak berkawan dengan kita? Aku rasa aku dah bagi yang terbaik untuk mereka. Apa yang mereka nak dalam sesuatu perhubungan? Aku ke yang bersalah? Siapa nak jawab pertanyaan aku nie? Hina sangat ke aku. Kenapa mereka suka ambil kesempatan atas kebaikkan aku? Semua peluang yang aku beri mereka buang macam tu jeq? Aku bukan barang mainan koranglah.. Aku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Kenapa mereka suka mempermainkan perasaan aku? Aku bukan patung. Aku sedihlah macam nie. Sampai bila aku nak hidup macam nie. Semua benda yang berlaku kat aku nie buat aku semakin benci pada mereka. Aku nak juga merasa nikmat bahagia macam orang lain. Salah ke aku terima mereka? Nak kenal hati budi mereka? Tapi kenapa mereka tinggalkan aku? Aku sedih. Tuhan jeq yang tahu hati nie macam mana. Memang betul kata kawan-kawan aku. Aku tak pernah serik. Bukan aku tak serik, tapi salah ke aku nak cari kebahagiaan? Salah ke aku nak terima kebahagiaan? Siapa yang taknak bahagia? Aku sedih. Kenapa takde orang yang terima aku sebagai aku? Kenapa mereka nak aku berubah? Aku teringin nak rasa dicintai, disayangi, dikasihi macam orang lain. Kenapa benda yang sebaliknya aku dapat? Salah aku ke? Sedih sangat-sangat. Aku benci mereka kecuali ayah dan nabi. Atau sememangnya aku tak layak tuk sesiapa pun? Siapa yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku? Aku baru nak merasa nikmat bahagia. Tapi tak lama. Ya Allah besarnya dugaanmu. Aku insan yang lemah. Tak mampu nak tempuh dugaanmu ini Ya Allah. Sesungguhnya kekuatanku hanya daripadamu. Aku hanya berpegang pada janjimu Ya Allah kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang aku lalui. Hanya padamu aku berserah dan hanya padamu kupohon pertolongan. Aku mohon kurniakan dan pertemukanlah aku dengan orang yang betul-betul ikhlas menjadi teman hidupku sampai bila-bila. Hanya kau yang tahu siapa siDia Ya Allah. Hati ini dah cukup terluka. Cukup sakit Ya Allah... Bantulah hambamu. Aku sedih Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan