Selamat pagi semua sahabat-sahabat blog.. Harap-harap korang semua ceria-ceria jeq pagi nie. Aku nie alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menghirup udara yang segar di pagi hari nie. Korang dah sarapan? Kalau dah alhamdulillah.. Aku belum lagi. Jap lagilah kot. Hari nie nak conteng-conteng sikitlah dekat blog aku nie. Biasalah akukan suka kongsi cerita dengan korangkan.. Hehe
Tetiba terasa nak berjiwang kejap. Alaaa.. jap jeq. Tapi nie mungkin untuk yang belum berkahwinlah ye.. ^_^ (gatal). Kepada yang sedang berada di alam khayalan (sedang asyik bercinta) sekarang nie, korang pernah terfikir tak nak kahwin dengan si Dia? Atau korang couple dengan si Dia hanya untuk SUKA-SUKA, atau saja IKUT KAWAN. Tengok kawan couple, korang pun nak couple. Atau kerana DUIT? Atau sebab si Dia tu handsome? Ke sebab nak cari bakal suami? Haa.. fikir-fikir.
Kepada yang memang serius dalam hubungan tu alhamdulillah lah kan. Dalam dunia nie tak ada pun orang yang perfect. Setiap pasangan juga ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Mungkin yang sorang tak pandai buat yang itu, yang sorang lagi pandai buat itu. Jadi kita saling melengkapi satu sama lain. Kita kena terima kelemahan pasangan kita tu seadanya. Sebab, kelemahan tu boleh dibaiki secara perlahan-lahan. At least, pasangan kita tu boleh memberi kebahagiaan pada kita. Selalu ada disamping kita dalam susah mahupun senang. Senang kata teman ketawa dan teman menangis kita. Barulah dikatakan pasangan ideal.
Kita pun dah sedia maklum dalam Islam pun ada garis panduan dalam memilih pasangan nie. Itu pakej yang paling lengkaplah. Rasulullah S.A.W bersabda: "seorang wanita dinikahi atas empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, keran kecantikkannya dan kerana agamanya. Manakala bagi lelaki, atas dua perkara iaitu kerana agamanya dan akhlaknya". Dari sini kita dapat lihat ciri-ciri pasangan yang membawa kepada kebahagiaan.
Oleh yang demikian, cuba kita nilai semula diri kita dan pasangan kita. Adakah ciri-ciri ini ada dalam diri kita dan si Dia? Tepuk dada tanya iman. Haa.. Oklah. Aku dah lapaw dah nie. Nak pergi isi perut.. Wassalam...
p/s: Terima kelemahan orang lain sebagai kelebihan dan baiki kelemahan kita perlahan-lahan dan istiqamah dalam melakukan kebaikkan untuk menjadi insan yang istimewa dalam agama dan hidup orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan