my dear followers



Jumaat, 27 Mei 2011

~BoSaN~

Salam rindu buat semua sahabat-sahabat blogku. Dah lama rasanya tak buat entry baru. Hari ni baru berkesempatan untuk berkunjung ke cyber cafe. Maklumlah, dekat rumah tak ada internet. Bosannya duduk rumah. Macam nilah selalu kalau cuti semester. Lagi-lagi cuti semester ni paling lama. 4 bulan tu. Maunya tak bosan duduk rumah.

Hari tu adalah aku minta kerja. Entah dapat ke tidak. Lagipun ini kali pertama aku nak menjejakkan kaki dalam alam pekerjaan. Aku tak pernah kerja sebelum ni. Jadi ini pengalaman pertama aku. Itu pun kalau aku dapatlah. Harap-harap dapatlah kan sebab kebanyakkannya orang memag susah nak ambil orang kerja sementara. Sebenarnya nak lari dari kerja dengan atok.. Hehehe.. Jahatkan aku ni. Teringin nak cari pengalaman kerja dekat luar. Teringin nak cari suasana baru dalam bekerja.

Masa aku habis sekolah dulu pun duk rumah jeq. Takde nak keluar cari kerja. Lagipun mak ayah aku tak bagi aku kerja. Mungkin sebab aku ni anak tunggal. So, my parents takut nak lepaskan aku bebas. Sepanjang tu, aku banyak belajar mengait, menjahit dan buat kraftangan sekadar nak hilangkan bosan. Hmm.. ni baru 2 minggu duk rumah dah bosan tahap melampau. Kepada sahabat-sahabatku, Berilah aku idea nak buat sepanjang aku cuti ni.. Oh bosannya..





Rabu, 11 Mei 2011

~MaLAs~

Salam rindu semua.. Aduhai.. Mengantuknya. Nak study pun dh naik malas dah ni. Bukan tak nak study, tapi tak ada mood. Ada sesiapa ada mood study sekarang ni nak bagi mood tu pada aku sikit? Tinggal satu paper je lagi esok. Lepas tu aku akan melebarkan sayap yang aku ikat tuk beberapa ni untuk terbang dengan bebasnya. Tolonglah.. Macam mana nak study ni. Mungkin dah lama berhenti rehat study since last paper lepas kot. Penat kepala ni diisi tepu dengan dengan subjek microprocessor, TITAS, fabrication dan analog. Naik jem dah kepala ni. Dengan masalh lain lagi.. Aduuhh.. Serabot, serabot. Kusut, Kusut.. Bila nak mula semula tu yang sakit. Mata ni dah mula berat macam ditimpa batu.


Oh Tuhan, bantulah aku nak belajar nie.. huhuhu.. Kalau nak ikotkan mata yang mengantuk ni memang parah. Tidur tu berhantu bagi aku. Bila dah lelapkan mata, memang susah nak bangkit semula. Liat mengalahkan daging yang tak lembut direbus.. Ya Allah, kenapalah aku rase tak ada mood langsung ni? Tolonglah bagi aku mood nak study.. Kepada sesiapa yang sedang menghadapi peperiksaan or final exam tu, study sungguh-sungguh. Jangan jadi macam aku ni. Dah tak ada mood langsung nak study.. Best of luck to all of u.. ^_^