my dear followers



Khamis, 22 September 2011

~CiNtA HaTikU~

ASalam bahagia buat semua rakan-rakan pembaca. Sambil menjamah halwa telinga lagu Maher Zain, "For The Rest of  My Life". Aku pasti semua orang tau maksud lirik lagu ni. Apa yang aku nak garapkan pada awal kata aku hari ni.. Kalau boleh berkata-kata, terkelu lidah nak luahkan apa yang terbuku dalam hati ni.

Dalam sedar tak sedar telah 6bulan lebih hubungan aku dengan 'B'. Tetapi semuanya telah berakhir. Ternyata die masih tidak berubah. Bukan aku hendak mengungkit atau menyakiti hati sesiapa. Semua manusia punya peluang dan pilihan untuk menentukan masa depan mereka. Sebagai hamba Allah, sememangnya kita tak ada hak untuk menguji hamba-hambanya. Tapi perkara ini berlaku dalam keadaan tidak disengajakan dan aku tahu perangainya yang sebenar. Mungkin selama ni dia pendam dan pada malam itu juga dihamburkan segalanya padaku.

Nah.. Jelaslah bahawa dia tak ikhlas dan tak dapat terima diriku seadanya. Dalam masa yang sama, aku tak mampu nuntuk menipu diriku lagi. Sememangnya aku cuba melupakan kisah lalu. Tapi semakin aku cuba, semakin dekat DIA di hatiku. Oh Tuhan dugaan apakah yang kau berikan pada hambamu ini? DIA hadir di saat aku merindukannya.. Oh Tuhanku. Kuharapkan petunjukmu untuk membantuku menempuhi setiap dugaanmu Ya Allah.

Aku merasakan kehadirannya dalam diriku. Aku merasakan bimbingannya menuju kejalanmu Ya Allah. Aku semakin menyayangi dirinya. Betulakah tindakkan ku ini? Aku takut untuk berharap lagi. Aku takut untuk merasa kecewa. Ya Allah sesungguhnya kekuatan ku ini datangnya darimu jua Ya Allah. Bantulah hambamu ini. Aku inginkan kebahagiaan dan hubungan yang indah dan kekal hingga ke syurgamu..