Assalamualaikummmm... waahh.. Betapa busynye aku sampai tak sempat nak update my lovely blog. Actually, aku nie dah tahap kritikal nak siapkan fyp aku nie... Nak tau aku buat apa? Aku buat solar cell. Mesti semua biasa tengok solar cell kan? Tapi yang aku nk buat nie, daripada buah-buahan taw. Tak ramai yang tau pasal solar cell jenis nie.
Oklah aku buat pengenalan sikitlah yee.. Nama diberi, Dye-sensitized Solar cell. Tergolong dalam salah satu solar sel filem tipis (thin film solar cell) dan merupakan generasi ke-3 pembuatan sel solar. Sel solar nie mengandungi 5 komponen penting iaitu, katod, anod, cecair elektrolit, dye dan pemangkin. Anod dan katod tu daripada gelas Indium Titanium Oksida (ITO). Cecair elektrolit tu daripada cecair iodin dan pemangkin pula guna jelaga lilin. Mana nak pakai buah ni eh? Buah nie, kita ambil jusnya dan bertindak sebagai dye atau penyerap cahaya.
Buah-buahan yang biasa digunakan adalah berwarna gelap. Sesuai dengan prinsip sains yang kita belajar, semakin gelap sesuatu permukaan, semakin kuat ia menyerap cahaya. Buah-buahan jenis ini mempunyai pigmen ungu, biru atau merah dan pigmen ini dikenali sebagai anthocyanin. Terdapat dua jenis pigmen yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan iaitu carotenoids yang mengeluarkan warna oren dan klorofil untuk warna hijau. Dalam sel solar ini, anthocyanin yang paling sesuai digunakan.
Apa keistimewaan sel solar ni eh? Ni nak habaq mai, kos untuk mengahsilkan sel solar ni murah tambahan lagi menggunakan bahan-bahan natural. Jadi, dalam masa yang sama, kita boleh tingkatkan kemajuan dalam ekonomi luar bandar juga serta mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Betul tak? Aku malas nak cerita panjang-panjang sebenarnya... Korang layanlah gambar-gambar eksperimen aku yang belum nak jadi ni eh.. HEHEHE... (^_^)
Antara bahan yang perlu ada untuk memastikan campuran serbuk TiO2 dan asid getah lebih sekata dan tidak mudah merekah serta cepat kering
ITO glass dan proses selepas dibakar dalam suhu 450 darjah selsius. Kemudian direndam dalam buah kiwi yang telah dihancurkan.
Ini pula hasil selepas mencantumkan katod dan anod. Letak bawah cahaya matahari dan arus electrik dapat dihasilkan.
p/s: Teknologi semakin berkembang. Marilah sama-sama kita terokai dan meningkatkan ekonomi negara kita... (^_^)