Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Dah berapa bulan tak buka blog nie. Sekarang nie aku dah sebuk dengan final year project (FYP) and now i'm in final sem exam. Ya Allah.. Pejam celik, pejam celik dah tahun 4 kat sini. Anyway, dalam masa beberapa bulan aku tak update nie, macam-macam dah jadi kat aku. Perangai lama, memang susah nak tiggal. Tapi aku bersyukur sangat sebab apa yang aku lalui semua ada hikmah. Sekarang aku rasa lebih tenang. Setiap kesusahn akan didatangkan dengan kesenangan. Setiap dugaan akan didatangkan dengan penyelesaian. Aku lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Sentiasa mengharapakan keampunan atas kesilapan yang lepas. Ternyata hati lebih tenang dan apa yang aku alami selama nie, Allah beri kemudahan.

Sejujurnya aku tak yakin pun dengan die dulu. Yelah tambahan pula hati nie selalu dipermainkan. Bukan die tak pernah cakap sayangkan aku. Sayang? semua orang boleh cakap. Aku ragu-ragu nak terima die. Jumpa pun tak pernah. Die tak pernah bagi aku datang jumpa die. Penat aku minta nak jumpa. hmm.. Jadi, aku doa yang terbaik. "Ya Allah, jika die untukku, engkau bukakanlah pintu hatiku untuknya dan bukakanlah pintu hatinya untukku. Sesungguhnya cinta lahir dariMu. Engkau berikanlah kami petunjukMu agar kami saling mencintai keranaMu".
Kami tak pernah berbual soal agama. Tapi aku selalu bertanya, ikhlas ke kawan dengan aku? Kenapa nak berkawan dengan aku? Sebab aku takut kecewa dengan cinta yang palsu. Sampailah satu masa die bertanyakan tentang Al-Quran. "Pandai bace Quran?" aku sengaja jawab tak pandai langsung. Die tak percaya. Aku mengiyakan. Saja nak tengok cara die nak mengatasi benda nie. "Lagi besarlah tanggungjawab abang. Nak tak abang ajarkan?" Masa tu hati nie, Tuhan jeq yang tau. Ya Allah, indahnya persaan masa tu. Bagaikan tersentap rasa menusuk hati. Sejak itu aku mula yakin dengan die. Bukan aku tak pandai baca. Alhamdulillah didikan mak ayah yang buat aku jadi macam nie. Cukup ilmu dunia dan akhirat. Terima kasih mak, ayah.
Aku nie bukan yang memandang harta. Tapi biarlah kita mencari rezeki tu, sekadarnya mengikut keperluan dan untuk memenuhi tanggungjwab dan amanah kita. Bukan untuk dibanggakan dah dimegah-megahkan. Sebab rezeki tu, Allah yang beri. Bila-bila masa die boleh tarik. Jadi bersyukurlah apa yang kita ada. Apapun yang berlaku dan akan berlaku semua ketetapan Dia. Kita sebagai hambaNYA haruslah bijak memilih jalan yang diredhai. Berserahlah padaNYA. Kita takkan rugi. Allah tu maha adil dan tak pernah lupakan kita.
p/s: Indahnya cinta kerana Allah