Salam rindu buat semua teman-teman blogku.. Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam bulan yang mulia lagi indah ni.. Kita dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Hari ini ingin ku kongsikan kesedihan, kegembiraan dan kesyukuran dalam bulan yang mulia ini. Setiap yang datang pasti akan pergi. Begitu juga dengan kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Pada tanggal 1 Ramadhan yang lalu, nendaku tercinta telah pergi menyambut seruan Ilahi. Sebelum pemergiannya, pelbagai dugaan dilalui. Antara sanggup atau tidak untuk kita sebagai insan yang masih sihat ini untuk menghadapi penyakitnya.. Alhamdulillah dia pergi dengan aman. Wajahnya kelihatan sangat tenang. Selama aku merenung wajahnya untuk terakhir kalinya, aku merasakan wajah nendaku sangat cantik. Ya Allah kurniakanlah limpahan rahmatmu kepada nendaku. Terangilah kuburnya dengan cahaya idahmu Ya Tuhanku. Sesungguhnya hanya padamu kami meminta Ya Allah.
Dalam bulan mulia ini, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kepada hadrat Ilahi. Penuhilah bulan ini dengan ibadah. Dan bermula dengan hari ini marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaan dan hidup kita sentiasa dirahmati Allah dan seterusnya istiqamah dalam melakukan ibadah. Perbanyakkanlah berzikir, membaca Al-Quran dan lakukanlah amalan-amalan sunat. Dalam kegembiraan kita menyambut bulan ini, hendaklah kita ingat kepada golongan yang serba kekurangan.. Semoga hidup kita sentiasa diberkati di dunia dan Akhirat.. Amiinnnn....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan