Waktu belajar pula dengan lecturer yang baru habis belajar. Cara mengajar baca slide saja. Maunya tak mengantuk. Kalau orang kata nak sengkang mata dengan lidi mancis pun boleh patah. Nak kata tidur lambat tu, taklah lambat sangat. pukul 12 malam juga. Standardlah tu. Kuliah pula dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Nak pergi solat pun cabut sekejap. Ya Allah kuatkanlah hamba-hambamu ini ketika mencari ilmumu Ya Allah.
Sekarang waktu balik pula. Kononnya kuliah habis awal. Duduklah dalam bas. "Pak Cik, bas gerak pukul berapa ni?". "Pak Cik nak kena tunggu student lain habis exam". "Ok". Sampai terlelap dan bangun semula, bas masih belum gerak lagi. Aduhai.. Perut dah lama menyanyi lagu keroncong untuk makan. Lambat lagi ke bas nie nak gerak.. Dah 1jam lebih duk dalam bas ni.. Kalau nak kata belajar tu stress, dah semestinyalah kan.. Tambah lauk pula dengan bas yang tak gerak balik lagi. Boleh jadi separuh gila rasanya. Aku ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu, Kawan-kawan aku yang lain pun sama juga.
Tak sabar rasanya nak menunggu hari minggu. Waktu nilah nak relakskan minda yang serabot dan badan yang letih. Disebabkan waktu belajar yang pack dan stresslah kebanyakkan student bangun lewat masa hujung minggu. Dan waktu nilah student-student macam aku ni buat kerja gila. Tapi pada kami takdalah gila mana pun. Setakat main badminton, basketball pukul 2-3pagi. It's normal for us. Lepak dekat tepi pantai (kuala) duk makan jagung bakar sambil release stress. Alangkah bahagianya kalau waktu berhenti waktu tu. Tenang dan nyaman rasanya.
Yang jadi tak seronoknya, adalah pula free show dekat situ. Cuci mata der.. Banyaklah belangkas-belangkas duk bersantai. Tak kisahlah kalau korang nak duk lepak dengan pasangan korang. Ni siap
Apa patut kita buat dengan orang macam nie? Hisyh.. Apa nak jadi?? Bukan release stress camni. Semakin naik migrain pula aku nie ha. huhuhu