my dear followers



Khamis, 6 Oktober 2011

~KuSeRah SeGaLaNyA PaDa YANG KUASA~




Bila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal
Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya-upayamu...
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan 
Allah mengira setiap titisan air matamu...
Bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan Dan masa telah meninggalkanmu 
Allah masih setia disisimu....
Bila engkau memikirkan betapa Engkau telah mencuba segalanya Tetapi tidak tahu kemana arah tujuanmu 
Allah ada jalan penyelesaiannya....
Bila tiada sesuatu yang memberi pengertian buatmu Dan kau keliru atau kecewa
Allah adalah jawapannya.....
Andai tiba-tiba pandangan semakin terang Dan kau menemui sinar harapan
Itulah untukmu bisikan Allah....
Bila segalanya berlangsung dengan baik Dan engkau meletakkan setinggi kesyukuran kehadratnya 
Allah telah memberkati ke atasmu....
Bila engkau gembira dan dirimu Sarat dengan ketaqwaan kepadaNya 
Allah memberikan engkau senyumanNya...
Bila engkau mempunyai tujuan untuk engkau laksanakan Dan impian untuk kau tunaikan 
Allah akan membuka matamu dan memanggil namamu
Ingatlah ..... walau dimana jua engkau berada Dan apa jua yang kau lakukan
Allah sentiasa ada bersamamu
Tiada suatu persoalan yang tidak ada jawapannya
Kerana Allah Maha Mengetahui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan