my dear followers



Isnin, 26 Disember 2011

~Mini Project~

Selamat hari cuti semua.. Alamak aku dah terlambat seharilah. Takpe-takpe. Kepada yang menyambut Hari Natal semalam, aku ucapkan selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Hari ni aku nak ceritalah skit pasal mini project. Ha.. Korang jangan salah faham pula pasal mini project nie. Tak mau, tak mau, tak mau. Hari ni kita segarkan sikit minda kita dengan ilmu ya..

Semester nie kitorang diarahkan untuk membuat mini project untuk salah satu subjek sebagai coursework. Mula-mula tu agak kepeningan jugalah. Project apa aku nak buat nie? Satu kumpulan 5 orang. Kalau korang nak tau, this is first time for us to do a project. Kitorang punya project bertajuk Duration Time and Payment System by Using Counter Application. Dalam project nie, kitorang diarah untuk buat poster for the presentation or viva.


First of all.. Aku tak berapa nak nampak macam mana projek nie berjalan. Maksud aku, hasilnyalah (tak menyabo). Lagipun, this sem we're using new board to upload our project from Quartus II software. Tujuan projek nie, nak buat counter time and payment for cyber cafe. Kebanyakkan cyber cafe hanya ingatkan pelanggan dengan penggunaan masa tanpa tunjukkan bayaran. Jadi, idea kitorang nie nak tunjukkan kedua-keduanya. Sebelum nak lukis litar, kitorang kena buat truth table for D Flip-flop and state table. State table yang kitorang kena buat nie untuk kira jam dan bayaran. Diikuti pula dengan Karnaugh Map (K-MAP), Boolean Expression dan State diagram. Kemudian, barulah boleh hasilkan litar yang perlu dilukis dalam Quartus II software. Pening der. Maklumlah.. Masuk lab pun seminggu sekali. So, tak berapa familiar sangatlah kan dalam buat litar guna software tu. Serabot kepala aku nie. Tapi aku bersyukurlah. Lepas buat projek nie, aku dah familiar dengan software nie.


Tak naklah cite banyak.. nielah hasil kije kitorang. Sebelum dan selepas viva.



Hasil Projek


Masa viva oleh Encik Fairus


Viva by Mr. Khairul


Our Poster


With our Lecturer Encik Nuzaihan


Other group

p/s: Teamwork is very important to get a good result 






Jumaat, 23 Disember 2011

~Air Mata Seorang Wanita~



Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya, 
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", jawab si ibu.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Kau tak akan pernah mengerti".

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa sebab?"
"Semua wanita menangis tanpa sebab",
Hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Akhirnya dia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia.
Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, 
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk menegtahui 
bahawa seorang suami yang baik tidak akan menyakiti isterinya, 
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan".

Kecantikan seorang wanita,
bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau
bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya.
Kerana itulah pintu hatinya..
Tempat di mana adanya cinta."



p/s: kepada kaum lelaki, sedar dan ingatlah akan kecantikan wanita yang azali. Bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanitamu kerana setiap wanita itu cantik.

Ahad, 18 Disember 2011

~Love Like...~

Selamat petang semua. My blog, my blog. Dekat sinilah tempat aku nak meluahkan rasa. Ha... Nie nak berjiwang sikitlah. Bukan selalu. LOVE.. Apa maksud cinta? Pelbagai tafsiran yang kita boleh buat mengenai perkataan nie. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang perkataan ni. Tapi sebenarnya ia membawa maksud yang sama. Dan setiap orang mesti ada cara masing-masing untuk meluahkan atau mencurahkan perasaan ini terhadap orang yang kita cintai dan kasihi. Semua orang juga ada citarasa sendiri untuk ciri-ciri pasangan idaman. Jejaka idaman dan wanita idaman.


Sebenarnya dekat sini aku naklah kongsi pendapat dan naklah juga minta pendapat dari korang. Kepada pasangan suami isteri, kekasih dan sahabat, apa yang korang harapkan dari orang yang korang sayang? Apa yang korang dah beri pada pasangan korang? Adakah ia memadai dengan apa yang pasangan atau sahabat bagi pada korang? Aku terfikir. Berbaloi ke apa yang kita dapat dari si Dia dengan apa yang kita beri? Soalan yang berbeza.. Untuk cari pasangan yang ideal, korang pernah fikir tak ideal ke korang untuk pasangan yang korang idamkan?

Aku pernah ditanya apa makna setia? Terdiam aku dekat situ. Setia? Satu perkataan yang sukar untuk aku nyatakan apa maksud tersirat dalam perkataan ni. Bagi aku setia ni bukan sekadar perkataan biasa. Sememangnya mudah diucapkan tapi susah untuk dirungkaikan maksudnya. Untuk pasangan suami isteri, setia merupakan salah satu sifat yang sangat penting. Tetapi setia ni perlu disokong dengan sifat lain. Betul tak? Apa maknanya setia sekiranya tiada kejujuran, kesabaran, hormat, pengorbanan dan saling memahami?

Kadang kala, bila kita percaya dekat orang, orang ambil kesempatan ke atas kepercayaan kita. Bila kita berkorban, orang tak menghargai dan tak pernah menghargai pengorbanan kita. Dan adakalanya mereka tidak nampak pengorbanan kita. Manusia ni, ada had tahap kesabaran. Sesetengah orang, kena maki hamun pun masih boleh bersabar. Ada pula yang kena sepak terjang, sabaaar lagi. Ada juga masih bersabar walaupun dah nampak terang jelas lagi nyata di depan mata apa yang si Dia buat. Ada juga yang boleh bersabar dengan semua perkara tadi kena pada dirinya. Waahh.. Rasa-rasanya, orang ni dah sabar tahap apa ya? Bagaimana pula keadaannya dengan yang sanggup buang sahabat, saudara atau keluarga? Apa lagi yang tinggal pada mereka?


Semua benda nie kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita. Akibatnya, ada yang ambil jalan mudah. Bunuh diri, bunuh orang, merosakkan harta benda. Selain itu, ada yang sanggup melakukan perkara-perkara syirik seperti bomoh. Timbul pula penyakit-penyakit yang menggunakan khidmat jin. Bukan ke itu semua dah menyusahkan hidup kita dan orang lain? Buang duit, buang masa buang tenaga. Apa diorang ni dah tak ada kerja lain ke nak buat? Lembu kambing tu siapa nak bagi makan? (sebagai contoh).. ^_^ Haha.

Jadi, apa penyelesaian kepada perkara-perkara nie? Seperti biasa, kita balik semula pada yang asas iaitu niat kita. Kemudian tanggungjawab kita. Walau seteruk mana pun yang kita kena, hebat macam mana pun Tuhan menduga kita, kita kena berfikir secara rasional dan waras dan ambil tindakan sewajarnya. Jangan gopoh dan ambil jalan singkat. Macam yang kawan aku cakap, fikir dalam jangka masa yang panjang. Macam motto hidup aku "Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang". hehehe. Ok..Contohnya sahabat. Berkawan biar beribu, bermusuh jangan ada sekali pun. Kita boleh berkawan dengan semua orang. Ikutlah apa yang elok dan tinggalkan yang tak elok. Memang susah, tapi kita boleh usaha.

Bagi pasangan kekasih dan suami isteri pula. Muhasabahlah diri kita. Tanya soalan-soalan tadi dengan diri kita. Fikirkan akibat dengan tindakan kita. Kejujuran, faham satu sama lain, perasaan hormat, tanggungjawab, pengorbanan, kasih sayang dan sabar amat penting untuk mengukuhkan kesetiaan dalam hidup kita hari ini dan masa depan kita. Rasa-rasanya kita ni dah master ke dengan sifat-sifat ni semua? Tanye diri kita.

Alamak ai.. Seriusnya aku hari ni. Biasalah, aku ni perempuan. Bab-bab macam nie memang emo sikit. Tapi aku still boleh control k.. Hehehe.. Hope korang puas hatilah dengan celoteh aku. Nie pun dari pengalaman aku sendiri.




p/s: Fikir tentang masa depan. Mula dengan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain. ^_^


Rabu, 14 Disember 2011

~Refreshing~

Refreshing, refreshing, refreshing. Apa kejadahnya refreshing ni? Haha.. Tak ada apalah sangat. Saja jeq aku nak menyegarkan diri sekejap after 1 assignment aku siap. Waahh.. Dah siap. Tapi ada berderet lagi assignment blum lengkap lagi. Huhuhu.. Takpe, takpe.. Kejap lagi aku continuelah. Sekarang nie aku memanjakan diri dulu dengan my blog (^_^) Rinduku padamu (blog) semakin membuak-buak tatkala bulan gerhana.

Bulan gerhana? Itu dah lepaslah. Nie nak kepohlah sekejap ye. First time in my life melihat dengan mataku kejadian gerhana bulan nie. Dulu masa sekolah pernahlah tengok gerhana matahari. Gerhana bulan nie baru sekali sebab kebiasaannya berlaku jam 2-3 pagi. Almaklumlah.. Tengah seronok berada di alam fantasi. Malam tu aku sanggup berdiri sejam lebih tengok fenomena nie. Naik teleng kepala aku dok mendongak. Ha.. Masa fenomena nie berlaku, aku dengan Kak Tika jeq yang duk dekat luar tu tengok (sambil ditemani anak-anak kucing yang comel). Agak segan jugalah sebab takde student lain pun kuar tengok. Dah hampir setengah bulan tu gelap baru ramai yang keluar. Apa pun aku bersyukur sebab diberi peluang untuk menikmati keindahan kejadian alam ciptaan Tuhan.

Dah tutup cerita tentang bulan. Nie nak cerita kisah aku hari nie. Petang tadi lepas kuliah, aku dengan kawan-kawan aku singgah ke pasar malam Kuala Perlis. Dah lama jugalah aku tak melangkah ke pasar malam nie. Tapi masa tu gerai baru nak buka. Tetiba aku teringat mak aku tanya tentang makanan pelik-pelik dekat perlis nie. Laa.. Apa yang peliknya. Sama jeq.. Hisyh ada makanan yang kita jarang-jarang jumpa dekat negeri lain. Contohnyalahkan.. Lokcin, karipap samudera, sotong goreng tepung, laksa beras (my favourite), udang sanggol, haisyh.. Tak sempatlah aku nak describe. Banyak sangat.

Ok.. First and foremost, aku nak mintak maaflah sebab tak teringat nak ambil gambar makanan nie. So, aku describe jelah dekat sini ye. Gelaran diberi oleh mak angkat aku, KARIPAP SAMUDERA. Aku pun tak berapa nak pasti betul ke tidak nama makanan nie. Bukan sebarang karipap taw. Bersaiz agak besar. Macam dua tapak tangan korang kot. Aku pun tanya mak cik beli dekat mana nie. Adalah jual dekat-dekat sini. Memang aku tak pernah jumpa karipap ni ada jual dekat mana. Intinya kobis, lobak merah dicincang dan digoreng dengan telur. Pergh!! 2rius sedap. Tapi kalau nak makan karipap ni tunggu datang rumah mak angkat aku nilah. Sebab tak tau nak beli dekat mana. Huhuhu. Sedikit kecewa di situ.


Kita continue lagi dengan makanan nie. Makanan nie biasa kita makan. Tapi nie utara punya. Laksa beras. mmm..yummy. I like ^_^ Secara jujur dan seikhlas hatinya aku ni paling tak suka makan laksa. Tapi, kerana penangan laksa KAK SU, telah merubah selera aku. Mantop. Sedap der. Yang lawaknyakan, masa mula-mula aku makan laksa ni, aku campur dengan sengkuang. Manalah aku tau. Dah kawan-kawan aku ni pun saje nak pekena aku. Diorang campurkan laksa aku tu dengan sengkuang yang sepatutnya dimakan dengan rojak. Lurus betu aku masa tu. Kitorang selalu melantak laksa ni dekat restaurant Kak Su yang terletak di Pekan Kuala Perlis. Masyuk seyy. Cukuplah korang rasa laksa biasa. Dengan kauh dia yang pekat. Memang lekat rasa dia. Lagi kalau pekena yang special, double pekat. Slurpp.. Alamak lapolah plak. Aku asyik keroje lapo jelah. Hehehe. Kalau nak tau lebih lanjut layarilah mukabuku Restaurant Kak Su. Alaa.. facebooklaaa..


Ok. Sambung pula dengan udang sanggul. Yang ni, minta maaflah, aku tak berapa nak kenal sangat. Sebab aku belum pernah rasa lagi. Hehehe.. Biasanya banyak dijual di pasar malam dekat Kangar. Setakat nie aku belum jumpa lagi. Tapi katanya makanan ni famous dekat sini. Takpe ko tunggu udang. Akan kujejaki jua. Haha..


Ni pula Lokcin nama dia. Makanan ni memang famous dekat perlis nie. Dulu masa kitorang mula datang dekat sini, kitorang panggil benda bakar-bakar jeq. Tak tau nama makanan ni apa. Sampai ada sorang peniaga ni bagitau nama makanan ni barulah kitorang tau. Hehehe. Dekat mana-mana gerai ada jual. Especially dekat tepi Kuala Perlis. Alaa.. Tempat aku selalu lepak dan mencari ketenangan tu.. Hahaha.. Biasanya jagung bakar pun ada jual sekali dengan makanan nie. Korang trylah.


Yang ni pun memang famous. Lebih-lebih lagi dekat pusat berhabis duit korang. Tempat yang paling diminati pengunjung lelaki dan memang tempat wajib untuk disinggahi oleh wanita. Padang besar. Ha dekat sini ada pulut ayam. Pulut dengan ayam goreng. Ini pun aku belum cuba. Tapi ramai kata sedap. Rasa ralat pula tak rasa pulut ayam ni. Tekpe-takpe.. Dengan izin Tuhan aku akan dapat rasa juga satu hari nanti.


Last but not least, sotong goreng tepung. Maybe aku jeq kot yang jakun sikit. Dekat Johor aku tak pernah jumpa ni. Kalau dekat negeri-negeri lain macam Johor, pengalaman akulah kan, sementara tunggu makanan yang kita order tu sampai, kita makan keropokkan? Kalau dekat Perak, makan udang goreng tepung. Tapi dekat Perlis ni makan sotong goreng tepung. Waahh.. Sedapnya. Rangup dan segar dari laut. Maunya tak segar. Dah kitorang melantak masa tu pun dekat kedai-kedai makan yang ada dekat dengan jeti Kuala Perlis. Famous dekat sini restaurant Lynda. OMG. Terliurlah pula.

Ni nak promote lagi nie. Korang suka makan ikan keli tak? Jemputlah bersantap di Anjung Keli. Dekat dengan ILP Perlis. Suka makan roti canai atau apa-apa jenis roti? Silalah ke kedai makan Roti Seratus. Dekat kedai makan ni pun ada Minuman Seratus. Yang seratus-seratus ni sebab pelbagai jenis roti dan air dalam menu kedai nie. Suka makan burger. Pergilah ke Burger Cafe. Suka makan western food? Berkunjunglah ke MAI Cafe. Suka makan dalam suasana dekat rumah kampung? Restaurant D'Dapur Ibuku menanti kunjungan korang.

Aku rasa ni jelah dulu ye. Aku nak sambung buat assignment. Bila dah bercerita, aku tak reti nak stop. Hehehe.. Apapun, selamat malam dan menikmati tidur yang nyenyak selepas kenyang makan dekat blog aku nie. Hehehe..



p/s: makan, makan juga


Ahad, 11 Disember 2011

~Aduhai Assignment~

Setinggi-tinggi penghargaan kuucapkan kepada pembaca-pembaca blog yang sudi singgah. Minta maaf banyak-banyaklah sebab kurang update my lovely honey blog nie. Nak buat macam mana. Busy memanjang. Macam nilah keadaannya bila aku dah mula sibuk. Sibuk dengan kuliah, test, assignment, mini project lagi. Waahh.. Memang tak menang tanganlah aku dibuatnya. Ni pun ambil kesempatan jeq ke atas kesempatan yang ada dan sementara anak mata aku yang masih berdaya menatap laptop ni. Isyh.. Kalaulah laptop aku ni boleh bercakap, "engko ni dah tak reti penat ke tengok aku lama-lama? Aku dah naik cemuih tengok muka engko taw. Rasa nak muntahkan jeq semua data-data yang ko simpan dalam perut aku ni". Hahaha.. Bukan apa. Dah tu, dekat mana lagi jari-jemari aku ni nak menari dan bersenam? Bukan setakat jari, mata, telinga, leher dan yang paling penting sekali, kepala aku yang dah sedia tepu dengan segala macam subjek. Aduhaiii.. Letih.

Hari ni aku nak ceritalah sikit hari-hari aku yang menyepikan diri dari blog ni. Aku sekarang ni tengah sibuk mentelaah segala jenis maklumat dari dalam sampai ke luar laptop. Dari kulit ke kulit buku. Dari dalam ke luar perpustakaan (rajinlah kononnya). Dari dalam ke luar rumah. Dari dalam ke luar makmal. Dari... Eh korang ni nak berapa banyak dari ha? Hehe.. Just joking. Penat taw. Nak pula kolej kediaman aku ni jauh dari semua tempat yang aku nak kena jejaki. Maunya tak letih. Kolej kediaman dekat Kuala Perlis. Kelas pula dekat Kubang Gajah. Perpustakaan dekat Kangar. Fuuhh!! Kerja kitorang ni turun bas naik bas saja. Tapi takpe. Kepuasan dan nikmat belajar lain dari yang lain. Serius best. Kalau orang utara mesti tau kan aku sekarang berada dekat mana. Ha! Pikir-pikir. Aku dah penat bagi clue dekat korang ni.



Ni nak sambunglah sikit cerita aku hari tu. Aku memang dah agak. Pack schedule aku seharian. Kadang-kadang sampai tak cukup dewan kuliah nak ganti kuliah yang cancel sebelum ni. Ada juga yang bertindih kelas waktu yang sama. Last-last, aku nak kena pula salin notes dari kawan sebab tak dapat datang kelas tu. Aduhh. Bertambah berat kepala aku nan satu ni nak terima semuanya. Itupun kira baiklah kawan-kawan aku datang. Dibuatnya diorang tak sihat, alamat ketinggalan jauhlah aku ni. Banyak nak kena catch up. Tambahan lagi subject for this sem very tough. Sampaikan aku pun nak kena bina otak ni bagi tough dan tahan lama dari biasa.

Sebut pasal sakit ni, ramailah pula kawan-kawan aku ni demam. Almaklumlah. Perubahan cuaca yang drumstik. Eh! Apa pula drumstik? Drastiklah. Taulah dah dekat subuh ni masing-masing perut dah mula menyanyi. Berbalik pada cerita asal tadi. Kesian dekat diorang. Sampai nak bangun pun tak larat. Ada pula sanggup tidur dekat hall. Susun kerusi, tidur atas tu. Sebab dalam bilik dia buka kipas. Tak tahan sejuk katanya. Tak boleh nak bernafas. Sudahlah hidung tersumbat. Nak bernafas ikut mulut pun tekak pedih. Dia ni lebih pentingkan keselesaan orang lain dari kesihatan diri dia. Puas aku pujuk, tidur dalam bilik aku. Melarat tidur kt luar macam ni. Takde nak didengarnya. Sudahnya esoknya pergi hospital suhu badan 43degrees. Aku tak taulah nak tolong macam mana lagi. Hope lepas ni dia cepat sembuh. Siapa tak sayang kawan der.


Bila kawan dah sakit, aku pun terpaksalah buat group assignment sorang-sorang. Tak sampai hati nak suruh diorang buat. Aku taklah sezalim tu. Itulah semakin bertambah kerja aku. Takpe. Yang penting korang rehat dan cepat sihat. Manalah tau, esok-esok aku pula yang kenakan. Bak kata orang dolu-dolu, hari ni hari dia, esok lusa hari kita pula. Ni nak tambah lauk lagi ni. Ada juga kawan-kawan aku balik kampung. Aduhai terluka hancur hatiku luluh bak daun berguguran. Mataku tak tertahan melihat langkah kaki mereka menaiki bas express. Huhuhu. Sekali lagi aku menghantar mereka pulang. Apa ni bermadah-madah pepagi buta ni?Serius aku cakap. Asyik-asyik aku yang kena tinggal. Dengan assignment yang berlambak. Lagilah aku rasa macam nak naik gila. Diorang rileks boleh balik kampung. Huhu.. Siapa nak ajar aku nak study ni. Korang janganlah tinggal aku. Kalau nama cuti sem, lagilah. Dioranglah yang bergayut happy dalam bas dulu. Aku juga yang lambat balik. Sebab aku jenis yang tak suka kelam kabut dengan exam final, nak packing baranglah. Serabotkan kepala aku yang dah macam jala ikan terbelit nie.


Apapun perjuangan harus dan wajib diteruskan demi negara yang tercinta. Haisyh.. Apa pula. Demi ilmu, bangsa, agama dan negara. Itu baru tepat. Betul tak? Alahai mata. Dah mengantuk dah ni. Dah tak boleh nak sengkang lagi. Lidi mancis ni pun patah aku buat sengkang mata tadi (mengarut). Haha.. Sampai di sini sajalah dulu ye aku bercerita. Esok masih ada. Kalau aku sempat ambil kesempatanlah. Hehehe..



p/s: korang jagalah kesihatan. Kalau sakit tu cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. Rajinkan diri makan ubat. Ingatlah orang disekeliling korang. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

Ahad, 4 Disember 2011

~Makanan Best Di Johor~

Salam semua.. Rajinlah pula aku buat entry kan. Tetiba jeq idea mencurah-curah ke ladang gandum. Ni adalah sikit nak kongsi tentang makanan dekat negeri aku ni. Johor Darul Takzim. Sebenarnya aku ni tengah kebulur (Hiperbola). Tak makan lagi. Tapi malas nak keluar beli makanan. Mesti pikir aku ni malas nak masakkan? (memang pun) haha. Bukan malas, tapi dekat kolej kediaman aku ni dilarang memasak. Ngeee.. Sebab tulah berlambak cafe or kedai-kedai makan dekat sini. Cuma nak, tak nak jeq pergi beli. Bukan kena masak pun. (Akulah tu.. ^_^). 

Berbalik pada cerita tadilah kan.. Rindu sebenarnya dengan masakkan johor. Macam mee rebus, air kathira, otak-otak kempas, asam pedas banyak lagilah. Oh yee.. paling penting sekali, Nasi ambeng (sebutan orang jawa) yang sememangnya tak seharusnya dilupakan. hehe.. Waaahhh.. sedapnya kalau dapat semua tu. Lapo der.. Marilah kita bersama-sama membacakan doa makan sebelum mata korang melantak gambar-gambar ni.

Mee rebus

Mee rebus atau aku selalu panggil rojak mee. Sesetengah orang panggil mee jawa. Kenapa ye rojak mee? Sebab ada beberapa jenis rojak dekat Johor ni. Rojak buah, rojak mee dan rojak. Kalau rojak sahaja bahan-bahannya cucur udang, tauhu goreng, tempe, telur rebus dan kuah kacang. Rojak mee ni pula dia tambah mee kasar tu saja. Kalau rojak buah tu, yang kita biasa makanlh atau rojak petis.

 
Otak-otak Kempas

Ini pula otak-otak Kempas. Memang famous otak-otak Kempas ni. Untuk pengetahuan korang, otak-otak ni telah dikormesialkan. Rasanya yang sedap dan pedas sememangnya mengikut citarasa pelanggan. Di negeri Johor terutamanya hidangan ni kadang-kadang ditempah untuk majlis-majlis keramaian. Contohnya, untuk majlis perkahwinan.


 Tauhu Bakar

Yang ni memang kegeran aku. Tauhu bakar ni biasanya ada dijual di pasar-pasar malam sekitar Johor. Aku memang tak pernah lupa nak beli tauhu bakar ni kalau jejak ke pasar malam. Errmm.. yummy. Actually, tauhu ni boleh jeq kita beli dan bakar sendiri. Bahan dia sama jeq macam nak buat rojak petis. Dan tambah kacang tanah yang dikisar kasar. Pergh! Mengancam der.


Air Kathira Abu Bakar

Air ni biasanya aku jumpa time bulan puasa saja. Jadi tak berapa nak pasti hari biasa ada atau tak. Air ni serius sedap yang amat dan sangat berkhasiat. Sesuai untuk pelajar dan kanak-kanak kerana bahan yang terkandung dalam air ni sangat berkhasiat. Campuran air ni ialah kathira, badam, kismis, buah kembang semangkuk, biji selasih, kurma, mungkin sedikit pewarna pandan sebab warnanya yang hijau dan sedikit tepung castard untuk pekatkan air ini. Harganya memang sepadan dengan bahan yang terkandung dalam air ni. Kali terakhir aku beli masa bulan puasa tahun ni RM2.80-RM3.20. Semakin meningkat sebab harga bahannya pun boleh tahanlah. Ngee.. Demi air ni aku sanggup. Slurrrpp..


Briyani Gam

Korang mesti biasa dengar nasi briyani gam kan. Haa nilah dia. Tapi aku rasa macam lebih kurang sama jeq macam nasi kandar. Betul ke? Hehe. Korang nilailah sendiri k. Nasi ni biasanya dimasak untuk majlis-majlis keramaian macam kenduri kahwin. Dekat Johor biasanya, nasi ni akan dimasak secara gotong-royong atau bahasa Johor ni rewang. Sebenarnya bapa aku pembantu tukang masak dekat kampung aku. Kalau majlis keramaian biasanya kumpulan masak ayah aku yang masak. Orang kampung pun ramai yang tolong. 

Ni yang nak promote sikit ni. Bapa aku pun banyak terima  tempahan memasak untuk orang dari luar kampung aku. Biasanya, rempah untuk masak nasi ni mudah saja. Yang jadi banyak rempah ni, untuk lauknya. Macam Dalca, ayam masak kurma atau kari, rojak timun dan banyak lagilah. Tapi yang paling rumit ilah memasak nasinya. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, bapa aku guna kayu api. Nak kena teliti jaga api ni. 

Yang nak melawat ke kampunag aku pun boleh. Sebab kampung aku ada homestay. Nak tau ada apa dekat kampung aku? klik link ni http://kgsripayahomestay.blogspot.com/

Nasi Ambeng

Waahh.. Sedapnya. Nasi ni biasanya dimasak untuk majlis tahlil atau cukur jambul. Pelik ke makan dalam dulang? Ini tradisi masyarakat jawa di negeri Johor. Satu dulang biasanya dalam 4-5 orang. Mereka makan selepas majlis tersebut. Tapi mereka tak makan banyak. Kadang-kadang tak makan pun. Sebaliknya dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat atau bontrot (orang jawa). Kaut pakai apa? Pakai tanganlah. Kenapa? Geli? Takde bilanya nak geli-geli. Sedap taw. Nak tau sebab apa sedap? Sedap nasi ni dah dibacakan selawat dan doa semasa majlis tadi. Memang aku tunggulah nasi ni setiap kali bapa aku pergi kenduri.






Yang banyak sangat lauk ni pula, lauk kegemaran aku. Pucuk ubi masak lemak, sambal belacan, sup ayam kampung dan asam pedas. Biasalah, orang kampung. Aduhai.. Perut aku semakin kuat menyanyikan lagu keroncong untuk makan. Asam pedas dekat Johor ni pekat (sedaaapp). Tapi dekat area utara ni, aku selalu jumpa yang cair. Asam pedas campur timun. 

Selalu makan dekat kedai-kedai, sambal belacan dia cair. Yelah nak masak dalam kuantiti yang banyak. Guna mesin pengisar jeq. Mudah, dan jimat masa. Banyak lauk lain nak dimasak. Tapi, kalau masak dekat rumah, pergh!! Nak pula guna lesung (lumpang) tumbuk lada kecil.Tak hingat dunia dah. Almaklumlah, keturunan jawa, kuat makan pedas. Sape keturunan jawa tak makan pedas memang rugilah. Yum..Yum.. Bak kata mak aku, "Makan kalau tak pedas rasa tak selera nak makan. Sebab tak ada yang nak menyorong". Macam catalyst lah. Kalau takda kan tak lancar. 

Haaa.. Korang dah kenyang ke tengok gambar-gambar ni? Dah sendawa dah tu. Bagus-bagus.. Haha.. Apa lagi. Baca lagi. Pergilah dapur masak. Atau yang tak memasak (macam aku ni) pergilah cari kedai makan. Ngeee.. 


p/s: Kepada sesiapa yang ragu-ragu nak dtang ke Johor. Hilangkan keraguan anda dan datanglah ke Johor.
Jangan lupa mencuba makanan-makanan ni. Rugi kalau tak cuba. Yuummyy...

Sabtu, 3 Disember 2011

~Bad Habit~

Salam hari minggu semua. Entry hari ni sebenarnya aku nak cerita tentang diriku yang dilanda kebosanan. Huhuhu.. Semua orang mestilah suka kan kalau dia sentiasa ada banyak masa lapang. Macam aku nilah. Actually, kitorang banyak kuliah yang dibatalkan atau ditangguhkan oleh kerana sebab-sebab tertentu yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Rasa heaven sangat bila tak ada kuliah ni. Tapi bosan juga kalau dah sampai 2minggu ni, boleh kira dengan jari jeq berapa kali ada kuliah. Lagi satu, tanggunglah azabnya nanti bila nak mengganti kuliah-kuliah ni. Nak kena pula sumbat sekaligus semua subjek yang dah sedia tepu ni dalam hard disk kepala aku. Habis ketatlah nanti muka aku ni (tension).

Personally, aku mengaku bahawasanya dah 2minggu aku ni tak study (jangan tiru macam saya taw). Huhuhu.. Dari petang jejak sampai ke malam, asyik tengok anime yang ada 98 episod tu. Bukan apa, aku nak habiskan cerita tu. Kadang-kadang jejak ke 6pagi pun belum tentu aku dah tido. Aku ni kalau dah main game atau tengok anime memang dah tak wujud terus dalam dunia nyata ni. Oooppss.. (solat tu dah memang wajib ditunaikan k..)


Bukannya tak ada kerja langsung nak buat. Kalau nak diikutkan memang banyak, nota-nota kuliah tu pun aku tak khatam lagi. Assignment pun ada nak kena buat. Bagi aku oklah sebab ini dapat mengelakkan aku dari main game atau menonton movie lagi lepas ni. Sebab semuanya dah aku tonton sampai dah tak cerita yang aku tak tonton lagi dalam laptop ni. Kalau ada movie baru jeq dalam laptop ni, rasa macam gatal jeq jari-jemari yang tak berapa nak lembut ni nak klik dekat folder tu. Nak belajar memang tak bolehlah. That's my bad habit. Haaa.. 

Apapun, aku kena mendarat semula ke lapangan yang nyata. Haissyyhh.. Bangunlah dari alam fantasi. Banyak lagi yang aku belum catch up ni. Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar student dan pada diri ini, jadilah yang lebih baik dari diri anda yang sekarang.


p/s: Jadilah orang menghargai masa dan jangan buang masa (akulah tu.. huhu)

Jumaat, 2 Disember 2011

~Jalan-Jalan~

Salam muhibbah semua. Waaahhh.. rindunya dekat blog saya nie. tak sempat nak buat entry baru. Lagipun internet dekat sini tenat.. Huhuhu.. Ni nak ceritalah sikit aktiviti aku baru-baru nie. Hang out with my friends. Jalan-jalan sedut angin outdoor and indoor sampai naik kembung perut. Hehehe. But for this week kitorang rest dekat rumah jelah. Almaklumlah ada test for next week. Tak nak banyak ceritalah. Hayatilah gambar-gambar ini ye.. Yeah.. Hehehe..

Kami ke Sunway Carnival Mall dekat Seberang Jaya







0oo00ooo..
                                                                       
 Just other poss
                                     
Our Size
Haaa.. ni habaq mai. Oleh kerana kaki kami yang sangat special nie, inilah satu-satunya tempat yang kami jumpa size kasut kami. haha. dekat Payless. Bergaya sakanlah kami dekat sini. Payless, better watch out. We'll be back!!! 



Last but not least, sebelum kitorang menyusuri lebuhraya untuk pulang ke kolej kediaman, kitorang pergi funfair. Just having fun. Ni my first time main bumper car. Hahaha.. Dalam gelak-gelak nie, aku terfikir pula. Macam mana kereta ni bergerak ye?

Selang beberapa hari, kebanyakkan kuliah dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu. So, nak elakkan kebosanan hari-hari tanpa kuliah ni, kitorang pergi relaks dekat Tasik Darul Aman. Tasik nie boleh nampak dari lebuhraya. Ada sign Tasik D'Aman. Lokasinya dekat dengan DarulAman Golf Country Club.

Ni salah satu aktiviti yang boleh kita buat dekat tasik ni. Selain itu, berkayak, naik swan, buggy ride, jogging, painball pun ada disediakan. Untuk kayak, naik swan dan bot ride nie dikenakan bayaran RM4 ke RM5. Untuk buggy ride nie, RM14-RM15. Kawasan tasik nie memang luas dan sesuai untuk beriadah atau bersantai bersama keluarga dan sahabat-sahabat. Yang berdating pun ada juga.. Oooppss.. Takpe-takpe. Tempat ramai orang. Bagus-bagus. Amalkan selalu aktiviti sihat macam ni. 

Gile banyak ikan dalam tasik nie.. Pengunjung-pengunjung dekat sini boleh bagi makan pada ikan-ikan nie.  Makanan ikan tu ada dijual dekat tepi tasik nie. Dalam seronok tengok ikan nie, nampaklah pula ikan keli dalam tasik nie. Besar yang amat. Dah bukan setakat serius besar, 2,3rius ni besar dia. Kalau bakar pun sodap. 

Semantara kitorang tunggu Siow dan Suzy balik semula ke daratan, kitorang yang ditinggalkan ni pun duk bersantai makan dan mengarut. Hehehe...






Tengoklah ni, matahari dah hampir tenggelam pun tak sampai ke daratan lagi.. Hehehe


p/s: Tasik ni cantik dan bersih. Para pengunjung sila jaga kebersihan tasik ni ye..