Salam semua.. Rajinlah pula aku buat entry kan. Tetiba jeq idea mencurah-curah ke ladang gandum. Ni adalah sikit nak kongsi tentang makanan dekat negeri aku ni. Johor Darul Takzim. Sebenarnya aku ni tengah kebulur (Hiperbola). Tak makan lagi. Tapi malas nak keluar beli makanan. Mesti pikir aku ni malas nak masakkan? (memang pun) haha. Bukan malas, tapi dekat kolej kediaman aku ni dilarang memasak. Ngeee.. Sebab tulah berlambak cafe or kedai-kedai makan dekat sini. Cuma nak, tak nak jeq pergi beli. Bukan kena masak pun. (Akulah tu.. ^_^).
Berbalik pada cerita tadilah kan.. Rindu sebenarnya dengan masakkan johor. Macam mee rebus, air kathira, otak-otak kempas, asam pedas banyak lagilah. Oh yee.. paling penting sekali, Nasi ambeng (sebutan orang jawa) yang sememangnya tak seharusnya dilupakan. hehe.. Waaahhh.. sedapnya kalau dapat semua tu. Lapo der.. Marilah kita bersama-sama membacakan doa makan sebelum mata korang melantak gambar-gambar ni.
Mee rebus
Mee rebus atau aku selalu panggil rojak mee. Sesetengah orang panggil mee jawa. Kenapa ye rojak mee? Sebab ada beberapa jenis rojak dekat Johor ni. Rojak buah, rojak mee dan rojak. Kalau rojak sahaja bahan-bahannya cucur udang, tauhu goreng, tempe, telur rebus dan kuah kacang. Rojak mee ni pula dia tambah mee kasar tu saja. Kalau rojak buah tu, yang kita biasa makanlh atau rojak petis.
Otak-otak Kempas
Ini pula otak-otak Kempas. Memang famous otak-otak Kempas ni. Untuk pengetahuan korang, otak-otak ni telah dikormesialkan. Rasanya yang sedap dan pedas sememangnya mengikut citarasa pelanggan. Di negeri Johor terutamanya hidangan ni kadang-kadang ditempah untuk majlis-majlis keramaian. Contohnya, untuk majlis perkahwinan.
Tauhu Bakar
Yang ni memang kegeran aku. Tauhu bakar ni biasanya ada dijual di pasar-pasar malam sekitar Johor. Aku memang tak pernah lupa nak beli tauhu bakar ni kalau jejak ke pasar malam. Errmm.. yummy. Actually, tauhu ni boleh jeq kita beli dan bakar sendiri. Bahan dia sama jeq macam nak buat rojak petis. Dan tambah kacang tanah yang dikisar kasar. Pergh! Mengancam der.
Air Kathira Abu Bakar
Air ni biasanya aku jumpa time bulan puasa saja. Jadi tak berapa nak pasti hari biasa ada atau tak. Air ni serius sedap yang amat dan sangat berkhasiat. Sesuai untuk pelajar dan kanak-kanak kerana bahan yang terkandung dalam air ni sangat berkhasiat. Campuran air ni ialah kathira, badam, kismis, buah kembang semangkuk, biji selasih, kurma, mungkin sedikit pewarna pandan sebab warnanya yang hijau dan sedikit tepung castard untuk pekatkan air ini. Harganya memang sepadan dengan bahan yang terkandung dalam air ni. Kali terakhir aku beli masa bulan puasa tahun ni RM2.80-RM3.20. Semakin meningkat sebab harga bahannya pun boleh tahanlah. Ngee.. Demi air ni aku sanggup. Slurrrpp..
Briyani Gam
Korang mesti biasa dengar nasi briyani gam kan. Haa nilah dia. Tapi aku rasa macam lebih kurang sama jeq macam nasi kandar. Betul ke? Hehe. Korang nilailah sendiri k. Nasi ni biasanya dimasak untuk majlis-majlis keramaian macam kenduri kahwin. Dekat Johor biasanya, nasi ni akan dimasak secara gotong-royong atau bahasa Johor ni rewang. Sebenarnya bapa aku pembantu tukang masak dekat kampung aku. Kalau majlis keramaian biasanya kumpulan masak ayah aku yang masak. Orang kampung pun ramai yang tolong.
Ni yang nak promote sikit ni. Bapa aku pun banyak terima tempahan memasak untuk orang dari luar kampung aku. Biasanya, rempah untuk masak nasi ni mudah saja. Yang jadi banyak rempah ni, untuk lauknya. Macam Dalca, ayam masak kurma atau kari, rojak timun dan banyak lagilah. Tapi yang paling rumit ilah memasak nasinya. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, bapa aku guna kayu api. Nak kena teliti jaga api ni.
Yang nak melawat ke kampunag aku pun boleh. Sebab kampung aku ada homestay. Nak tau ada apa dekat kampung aku? klik link ni http://kgsripayahomestay.blogspot.com/
Nasi Ambeng
Waahh.. Sedapnya. Nasi ni biasanya dimasak untuk majlis tahlil atau cukur jambul. Pelik ke makan dalam dulang? Ini tradisi masyarakat jawa di negeri Johor. Satu dulang biasanya dalam 4-5 orang. Mereka makan selepas majlis tersebut. Tapi mereka tak makan banyak. Kadang-kadang tak makan pun. Sebaliknya dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat atau bontrot (orang jawa). Kaut pakai apa? Pakai tanganlah. Kenapa? Geli? Takde bilanya nak geli-geli. Sedap taw. Nak tau sebab apa sedap? Sedap nasi ni dah dibacakan selawat dan doa semasa majlis tadi. Memang aku tunggulah nasi ni setiap kali bapa aku pergi kenduri.
Yang banyak sangat lauk ni pula, lauk kegemaran aku. Pucuk ubi masak lemak, sambal belacan, sup ayam kampung dan asam pedas. Biasalah, orang kampung. Aduhai.. Perut aku semakin kuat menyanyikan lagu keroncong untuk makan. Asam pedas dekat Johor ni pekat (sedaaapp). Tapi dekat area utara ni, aku selalu jumpa yang cair. Asam pedas campur timun.
Selalu makan dekat kedai-kedai, sambal belacan dia cair. Yelah nak masak dalam kuantiti yang banyak. Guna mesin pengisar jeq. Mudah, dan jimat masa. Banyak lauk lain nak dimasak. Tapi, kalau masak dekat rumah, pergh!! Nak pula guna lesung (lumpang) tumbuk lada kecil.Tak hingat dunia dah. Almaklumlah, keturunan jawa, kuat makan pedas. Sape keturunan jawa tak makan pedas memang rugilah. Yum..Yum.. Bak kata mak aku, "Makan kalau tak pedas rasa tak selera nak makan. Sebab tak ada yang nak menyorong". Macam catalyst lah. Kalau takda kan tak lancar.
Haaa.. Korang dah kenyang ke tengok gambar-gambar ni? Dah sendawa dah tu. Bagus-bagus.. Haha.. Apa lagi. Baca lagi. Pergilah dapur masak. Atau yang tak memasak (macam aku ni) pergilah cari kedai makan. Ngeee..
p/s: Kepada sesiapa yang ragu-ragu nak dtang ke Johor. Hilangkan keraguan anda dan datanglah ke Johor.
Jangan lupa mencuba makanan-makanan ni. Rugi kalau tak cuba. Yuummyy...
Jangan lupa mencuba makanan-makanan ni. Rugi kalau tak cuba. Yuummyy...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan