my dear followers



Ahad, 18 Disember 2011

~Love Like...~

Selamat petang semua. My blog, my blog. Dekat sinilah tempat aku nak meluahkan rasa. Ha... Nie nak berjiwang sikitlah. Bukan selalu. LOVE.. Apa maksud cinta? Pelbagai tafsiran yang kita boleh buat mengenai perkataan nie. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang perkataan ni. Tapi sebenarnya ia membawa maksud yang sama. Dan setiap orang mesti ada cara masing-masing untuk meluahkan atau mencurahkan perasaan ini terhadap orang yang kita cintai dan kasihi. Semua orang juga ada citarasa sendiri untuk ciri-ciri pasangan idaman. Jejaka idaman dan wanita idaman.


Sebenarnya dekat sini aku naklah kongsi pendapat dan naklah juga minta pendapat dari korang. Kepada pasangan suami isteri, kekasih dan sahabat, apa yang korang harapkan dari orang yang korang sayang? Apa yang korang dah beri pada pasangan korang? Adakah ia memadai dengan apa yang pasangan atau sahabat bagi pada korang? Aku terfikir. Berbaloi ke apa yang kita dapat dari si Dia dengan apa yang kita beri? Soalan yang berbeza.. Untuk cari pasangan yang ideal, korang pernah fikir tak ideal ke korang untuk pasangan yang korang idamkan?

Aku pernah ditanya apa makna setia? Terdiam aku dekat situ. Setia? Satu perkataan yang sukar untuk aku nyatakan apa maksud tersirat dalam perkataan ni. Bagi aku setia ni bukan sekadar perkataan biasa. Sememangnya mudah diucapkan tapi susah untuk dirungkaikan maksudnya. Untuk pasangan suami isteri, setia merupakan salah satu sifat yang sangat penting. Tetapi setia ni perlu disokong dengan sifat lain. Betul tak? Apa maknanya setia sekiranya tiada kejujuran, kesabaran, hormat, pengorbanan dan saling memahami?

Kadang kala, bila kita percaya dekat orang, orang ambil kesempatan ke atas kepercayaan kita. Bila kita berkorban, orang tak menghargai dan tak pernah menghargai pengorbanan kita. Dan adakalanya mereka tidak nampak pengorbanan kita. Manusia ni, ada had tahap kesabaran. Sesetengah orang, kena maki hamun pun masih boleh bersabar. Ada pula yang kena sepak terjang, sabaaar lagi. Ada juga masih bersabar walaupun dah nampak terang jelas lagi nyata di depan mata apa yang si Dia buat. Ada juga yang boleh bersabar dengan semua perkara tadi kena pada dirinya. Waahh.. Rasa-rasanya, orang ni dah sabar tahap apa ya? Bagaimana pula keadaannya dengan yang sanggup buang sahabat, saudara atau keluarga? Apa lagi yang tinggal pada mereka?


Semua benda nie kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita. Akibatnya, ada yang ambil jalan mudah. Bunuh diri, bunuh orang, merosakkan harta benda. Selain itu, ada yang sanggup melakukan perkara-perkara syirik seperti bomoh. Timbul pula penyakit-penyakit yang menggunakan khidmat jin. Bukan ke itu semua dah menyusahkan hidup kita dan orang lain? Buang duit, buang masa buang tenaga. Apa diorang ni dah tak ada kerja lain ke nak buat? Lembu kambing tu siapa nak bagi makan? (sebagai contoh).. ^_^ Haha.

Jadi, apa penyelesaian kepada perkara-perkara nie? Seperti biasa, kita balik semula pada yang asas iaitu niat kita. Kemudian tanggungjawab kita. Walau seteruk mana pun yang kita kena, hebat macam mana pun Tuhan menduga kita, kita kena berfikir secara rasional dan waras dan ambil tindakan sewajarnya. Jangan gopoh dan ambil jalan singkat. Macam yang kawan aku cakap, fikir dalam jangka masa yang panjang. Macam motto hidup aku "Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang". hehehe. Ok..Contohnya sahabat. Berkawan biar beribu, bermusuh jangan ada sekali pun. Kita boleh berkawan dengan semua orang. Ikutlah apa yang elok dan tinggalkan yang tak elok. Memang susah, tapi kita boleh usaha.

Bagi pasangan kekasih dan suami isteri pula. Muhasabahlah diri kita. Tanya soalan-soalan tadi dengan diri kita. Fikirkan akibat dengan tindakan kita. Kejujuran, faham satu sama lain, perasaan hormat, tanggungjawab, pengorbanan, kasih sayang dan sabar amat penting untuk mengukuhkan kesetiaan dalam hidup kita hari ini dan masa depan kita. Rasa-rasanya kita ni dah master ke dengan sifat-sifat ni semua? Tanye diri kita.

Alamak ai.. Seriusnya aku hari ni. Biasalah, aku ni perempuan. Bab-bab macam nie memang emo sikit. Tapi aku still boleh control k.. Hehehe.. Hope korang puas hatilah dengan celoteh aku. Nie pun dari pengalaman aku sendiri.




p/s: Fikir tentang masa depan. Mula dengan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain. ^_^


1 ulasan: