my dear followers



Jumaat, 2 Disember 2011

~Jalan-Jalan~

Salam muhibbah semua. Waaahhh.. rindunya dekat blog saya nie. tak sempat nak buat entry baru. Lagipun internet dekat sini tenat.. Huhuhu.. Ni nak ceritalah sikit aktiviti aku baru-baru nie. Hang out with my friends. Jalan-jalan sedut angin outdoor and indoor sampai naik kembung perut. Hehehe. But for this week kitorang rest dekat rumah jelah. Almaklumlah ada test for next week. Tak nak banyak ceritalah. Hayatilah gambar-gambar ini ye.. Yeah.. Hehehe..

Kami ke Sunway Carnival Mall dekat Seberang Jaya







0oo00ooo..
                                                                       
 Just other poss
                                     
Our Size
Haaa.. ni habaq mai. Oleh kerana kaki kami yang sangat special nie, inilah satu-satunya tempat yang kami jumpa size kasut kami. haha. dekat Payless. Bergaya sakanlah kami dekat sini. Payless, better watch out. We'll be back!!! 



Last but not least, sebelum kitorang menyusuri lebuhraya untuk pulang ke kolej kediaman, kitorang pergi funfair. Just having fun. Ni my first time main bumper car. Hahaha.. Dalam gelak-gelak nie, aku terfikir pula. Macam mana kereta ni bergerak ye?

Selang beberapa hari, kebanyakkan kuliah dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu. So, nak elakkan kebosanan hari-hari tanpa kuliah ni, kitorang pergi relaks dekat Tasik Darul Aman. Tasik nie boleh nampak dari lebuhraya. Ada sign Tasik D'Aman. Lokasinya dekat dengan DarulAman Golf Country Club.

Ni salah satu aktiviti yang boleh kita buat dekat tasik ni. Selain itu, berkayak, naik swan, buggy ride, jogging, painball pun ada disediakan. Untuk kayak, naik swan dan bot ride nie dikenakan bayaran RM4 ke RM5. Untuk buggy ride nie, RM14-RM15. Kawasan tasik nie memang luas dan sesuai untuk beriadah atau bersantai bersama keluarga dan sahabat-sahabat. Yang berdating pun ada juga.. Oooppss.. Takpe-takpe. Tempat ramai orang. Bagus-bagus. Amalkan selalu aktiviti sihat macam ni. 

Gile banyak ikan dalam tasik nie.. Pengunjung-pengunjung dekat sini boleh bagi makan pada ikan-ikan nie.  Makanan ikan tu ada dijual dekat tepi tasik nie. Dalam seronok tengok ikan nie, nampaklah pula ikan keli dalam tasik nie. Besar yang amat. Dah bukan setakat serius besar, 2,3rius ni besar dia. Kalau bakar pun sodap. 

Semantara kitorang tunggu Siow dan Suzy balik semula ke daratan, kitorang yang ditinggalkan ni pun duk bersantai makan dan mengarut. Hehehe...






Tengoklah ni, matahari dah hampir tenggelam pun tak sampai ke daratan lagi.. Hehehe


p/s: Tasik ni cantik dan bersih. Para pengunjung sila jaga kebersihan tasik ni ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan