Setinggi-tinggi penghargaan kuucapkan kepada pembaca-pembaca blog yang sudi singgah. Minta maaf banyak-banyaklah sebab kurang update my lovely honey blog nie. Nak buat macam mana. Busy memanjang. Macam nilah keadaannya bila aku dah mula sibuk. Sibuk dengan kuliah, test, assignment, mini project lagi. Waahh.. Memang tak menang tanganlah aku dibuatnya. Ni pun ambil kesempatan jeq ke atas kesempatan yang ada dan sementara anak mata aku yang masih berdaya menatap laptop ni. Isyh.. Kalaulah laptop aku ni boleh bercakap, "engko ni dah tak reti penat ke tengok aku lama-lama? Aku dah naik cemuih tengok muka engko taw. Rasa nak muntahkan jeq semua data-data yang ko simpan dalam perut aku ni". Hahaha.. Bukan apa. Dah tu, dekat mana lagi jari-jemari aku ni nak menari dan bersenam? Bukan setakat jari, mata, telinga, leher dan yang paling penting sekali, kepala aku yang dah sedia tepu dengan segala macam subjek. Aduhaiii.. Letih.
Hari ni aku nak ceritalah sikit hari-hari aku yang menyepikan diri dari blog ni. Aku sekarang ni tengah sibuk mentelaah segala jenis maklumat dari dalam sampai ke luar laptop. Dari kulit ke kulit buku. Dari dalam ke luar perpustakaan (rajinlah kononnya). Dari dalam ke luar rumah. Dari dalam ke luar makmal. Dari... Eh korang ni nak berapa banyak dari ha? Hehe.. Just joking. Penat taw. Nak pula kolej kediaman aku ni jauh dari semua tempat yang aku nak kena jejaki. Maunya tak letih. Kolej kediaman dekat Kuala Perlis. Kelas pula dekat Kubang Gajah. Perpustakaan dekat Kangar. Fuuhh!! Kerja kitorang ni turun bas naik bas saja. Tapi takpe. Kepuasan dan nikmat belajar lain dari yang lain. Serius best. Kalau orang utara mesti tau kan aku sekarang berada dekat mana. Ha! Pikir-pikir. Aku dah penat bagi clue dekat korang ni.
Ni nak sambunglah sikit cerita aku hari tu. Aku memang dah agak. Pack schedule aku seharian. Kadang-kadang sampai tak cukup dewan kuliah nak ganti kuliah yang cancel sebelum ni. Ada juga yang bertindih kelas waktu yang sama. Last-last, aku nak kena pula salin notes dari kawan sebab tak dapat datang kelas tu. Aduhh. Bertambah berat kepala aku nan satu ni nak terima semuanya. Itupun kira baiklah kawan-kawan aku datang. Dibuatnya diorang tak sihat, alamat ketinggalan jauhlah aku ni. Banyak nak kena catch up. Tambahan lagi subject for this sem very tough. Sampaikan aku pun nak kena bina otak ni bagi tough dan tahan lama dari biasa.
Sebut pasal sakit ni, ramailah pula kawan-kawan aku ni demam. Almaklumlah. Perubahan cuaca yang drumstik. Eh! Apa pula drumstik? Drastiklah. Taulah dah dekat subuh ni masing-masing perut dah mula menyanyi. Berbalik pada cerita asal tadi. Kesian dekat diorang. Sampai nak bangun pun tak larat. Ada pula sanggup tidur dekat hall. Susun kerusi, tidur atas tu. Sebab dalam bilik dia buka kipas. Tak tahan sejuk katanya. Tak boleh nak bernafas. Sudahlah hidung tersumbat. Nak bernafas ikut mulut pun tekak pedih. Dia ni lebih pentingkan keselesaan orang lain dari kesihatan diri dia. Puas aku pujuk, tidur dalam bilik aku. Melarat tidur kt luar macam ni. Takde nak didengarnya. Sudahnya esoknya pergi hospital suhu badan 43degrees. Aku tak taulah nak tolong macam mana lagi. Hope lepas ni dia cepat sembuh. Siapa tak sayang kawan der.
Bila kawan dah sakit, aku pun terpaksalah buat group assignment sorang-sorang. Tak sampai hati nak suruh diorang buat. Aku taklah sezalim tu. Itulah semakin bertambah kerja aku. Takpe. Yang penting korang rehat dan cepat sihat. Manalah tau, esok-esok aku pula yang kenakan. Bak kata orang dolu-dolu, hari ni hari dia, esok lusa hari kita pula. Ni nak tambah lauk lagi ni. Ada juga kawan-kawan aku balik kampung. Aduhai terluka hancur hatiku luluh bak daun berguguran. Mataku tak tertahan melihat langkah kaki mereka menaiki bas express. Huhuhu. Sekali lagi aku menghantar mereka pulang. Apa ni bermadah-madah pepagi buta ni?Serius aku cakap. Asyik-asyik aku yang kena tinggal. Dengan assignment yang berlambak. Lagilah aku rasa macam nak naik gila. Diorang rileks boleh balik kampung. Huhu.. Siapa nak ajar aku nak study ni. Korang janganlah tinggal aku. Kalau nama cuti sem, lagilah. Dioranglah yang bergayut happy dalam bas dulu. Aku juga yang lambat balik. Sebab aku jenis yang tak suka kelam kabut dengan exam final, nak packing baranglah. Serabotkan kepala aku yang dah macam jala ikan terbelit nie.
Apapun perjuangan harus dan wajib diteruskan demi negara yang tercinta. Haisyh.. Apa pula. Demi ilmu, bangsa, agama dan negara. Itu baru tepat. Betul tak? Alahai mata. Dah mengantuk dah ni. Dah tak boleh nak sengkang lagi. Lidi mancis ni pun patah aku buat sengkang mata tadi (mengarut). Haha.. Sampai di sini sajalah dulu ye aku bercerita. Esok masih ada. Kalau aku sempat ambil kesempatanlah. Hehehe..
p/s: korang jagalah kesihatan. Kalau sakit tu cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. Rajinkan diri makan ubat. Ingatlah orang disekeliling korang. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)
Hari ni aku nak ceritalah sikit hari-hari aku yang menyepikan diri dari blog ni. Aku sekarang ni tengah sibuk mentelaah segala jenis maklumat dari dalam sampai ke luar laptop. Dari kulit ke kulit buku. Dari dalam ke luar perpustakaan (rajinlah kononnya). Dari dalam ke luar rumah. Dari dalam ke luar makmal. Dari... Eh korang ni nak berapa banyak dari ha? Hehe.. Just joking. Penat taw. Nak pula kolej kediaman aku ni jauh dari semua tempat yang aku nak kena jejaki. Maunya tak letih. Kolej kediaman dekat Kuala Perlis. Kelas pula dekat Kubang Gajah. Perpustakaan dekat Kangar. Fuuhh!! Kerja kitorang ni turun bas naik bas saja. Tapi takpe. Kepuasan dan nikmat belajar lain dari yang lain. Serius best. Kalau orang utara mesti tau kan aku sekarang berada dekat mana. Ha! Pikir-pikir. Aku dah penat bagi clue dekat korang ni.
Ni nak sambunglah sikit cerita aku hari tu. Aku memang dah agak. Pack schedule aku seharian. Kadang-kadang sampai tak cukup dewan kuliah nak ganti kuliah yang cancel sebelum ni. Ada juga yang bertindih kelas waktu yang sama. Last-last, aku nak kena pula salin notes dari kawan sebab tak dapat datang kelas tu. Aduhh. Bertambah berat kepala aku nan satu ni nak terima semuanya. Itupun kira baiklah kawan-kawan aku datang. Dibuatnya diorang tak sihat, alamat ketinggalan jauhlah aku ni. Banyak nak kena catch up. Tambahan lagi subject for this sem very tough. Sampaikan aku pun nak kena bina otak ni bagi tough dan tahan lama dari biasa.
Sebut pasal sakit ni, ramailah pula kawan-kawan aku ni demam. Almaklumlah. Perubahan cuaca yang drumstik. Eh! Apa pula drumstik? Drastiklah. Taulah dah dekat subuh ni masing-masing perut dah mula menyanyi. Berbalik pada cerita asal tadi. Kesian dekat diorang. Sampai nak bangun pun tak larat. Ada pula sanggup tidur dekat hall. Susun kerusi, tidur atas tu. Sebab dalam bilik dia buka kipas. Tak tahan sejuk katanya. Tak boleh nak bernafas. Sudahlah hidung tersumbat. Nak bernafas ikut mulut pun tekak pedih. Dia ni lebih pentingkan keselesaan orang lain dari kesihatan diri dia. Puas aku pujuk, tidur dalam bilik aku. Melarat tidur kt luar macam ni. Takde nak didengarnya. Sudahnya esoknya pergi hospital suhu badan 43degrees. Aku tak taulah nak tolong macam mana lagi. Hope lepas ni dia cepat sembuh. Siapa tak sayang kawan der.
Apapun perjuangan harus dan wajib diteruskan demi negara yang tercinta. Haisyh.. Apa pula. Demi ilmu, bangsa, agama dan negara. Itu baru tepat. Betul tak? Alahai mata. Dah mengantuk dah ni. Dah tak boleh nak sengkang lagi. Lidi mancis ni pun patah aku buat sengkang mata tadi (mengarut). Haha.. Sampai di sini sajalah dulu ye aku bercerita. Esok masih ada. Kalau aku sempat ambil kesempatanlah. Hehehe..
p/s: korang jagalah kesihatan. Kalau sakit tu cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. Rajinkan diri makan ubat. Ingatlah orang disekeliling korang. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)
tak apa sabar je lah! lama lama nanti siap lah jugak assignment tu!
BalasPadamcone and leave comment+ follow my blog k
http://www.ifaceblog.co.cc/