Salam hari minggu semua. Entry hari ni sebenarnya aku nak cerita tentang diriku yang dilanda kebosanan. Huhuhu.. Semua orang mestilah suka kan kalau dia sentiasa ada banyak masa lapang. Macam aku nilah. Actually, kitorang banyak kuliah yang dibatalkan atau ditangguhkan oleh kerana sebab-sebab tertentu yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Rasa heaven sangat bila tak ada kuliah ni. Tapi bosan juga kalau dah sampai 2minggu ni, boleh kira dengan jari jeq berapa kali ada kuliah. Lagi satu, tanggunglah azabnya nanti bila nak mengganti kuliah-kuliah ni. Nak kena pula sumbat sekaligus semua subjek yang dah sedia tepu ni dalam hard disk kepala aku. Habis ketatlah nanti muka aku ni (tension).
Personally, aku mengaku bahawasanya dah 2minggu aku ni tak study (jangan tiru macam saya taw). Huhuhu.. Dari petang jejak sampai ke malam, asyik tengok anime yang ada 98 episod tu. Bukan apa, aku nak habiskan cerita tu. Kadang-kadang jejak ke 6pagi pun belum tentu aku dah tido. Aku ni kalau dah main game atau tengok anime memang dah tak wujud terus dalam dunia nyata ni. Oooppss.. (solat tu dah memang wajib ditunaikan k..)
Bukannya tak ada kerja langsung nak buat. Kalau nak diikutkan memang banyak, nota-nota kuliah tu pun aku tak khatam lagi. Assignment pun ada nak kena buat. Bagi aku oklah sebab ini dapat mengelakkan aku dari main game atau menonton movie lagi lepas ni. Sebab semuanya dah aku tonton sampai dah tak cerita yang aku tak tonton lagi dalam laptop ni. Kalau ada movie baru jeq dalam laptop ni, rasa macam gatal jeq jari-jemari yang tak berapa nak lembut ni nak klik dekat folder tu. Nak belajar memang tak bolehlah. That's my bad habit. Haaa..
Apapun, aku kena mendarat semula ke lapangan yang nyata. Haissyyhh.. Bangunlah dari alam fantasi. Banyak lagi yang aku belum catch up ni. Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar student dan pada diri ini, jadilah yang lebih baik dari diri anda yang sekarang.
p/s: Jadilah orang menghargai masa dan jangan buang masa (akulah tu.. huhu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan